Harian Metro

FELDA Lok Heng Selatan bawa pulang RM1 juta

-

Usaha gigih dilakukan komuniti FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor sejak 2010 untuk memastikan keindahan dan ketenangan persekitar­an kampung membuahkan hasil apabila diumumkan pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2017, sekali gus membawa pulang RM1 juta.

Pengurus Felda Lok Heng Selatan, Abu Hasan Ashari berkata, kemenangan itu adalah usaha yang dibuat sejak sekian lama, malah sudah empat kali kampung berkenaan tercalon dalam AKKF.

“Kami bertanding sejak 2010 dan empat kali berjaya tersenarai dalam calon akhir namun, tidak berjaya membawa pulang sebarang hadiah.

“Justeru, kami berbangga apabila usaha gigih dilakukan penduduk kampung selain beberapa pihak termasuk guru besar sekolah membuahkan hasil sangat bermakna kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abu Hasan berkata, sebanyak 10 komponen perlu dipenuhi oleh setiap penyertaan dan ia tidak hanya menumpukan kepada aspek keindahan kawasan persekitar­an semata-mata.

“Apa yang kami lakukan ialah sentiasa perbaiki dan melaksanak­an transforma­si berdasarka­n kelemahan serta kekurangan sebelum ini,” katanya.

Ditanya mengenai hadiah RM1 juta itu, Abu Hasan berkata, sebanyak RM1,000 daripadany­a akan diagihkan kepada 371 peneroka di FELDA berkenaan selain mereka yang terbabit di sebalik usaha kejayaan anugerah itu.

“Baki hadiah diperoleh ini akan dimanfaatk­an sebaik-baiknya bagi projek tertentu di felda kami selain kegunaan awam dan pelbagai aktiviti untuk komuniti kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia