Harian Metro

Selisih kemalangan kawan baik

-

Dungun: “Tak sangka pula kemalangan yang dilihat ketika lalu di kawasan itu membabitka­n kawan baik saya,” kata Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.

Zawawi ialah rakan Timbalan Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Terengganu Mohd Zulhazwan Roslan @ Abdul Ghani, 30, yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda jabatan terbabit kemalangan di Kilometer 341.5 di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), jam 6.15 petang kelmarin.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Toyota Fortuner yang dipandu mangsa terbabas dan ‘terbang’ melepasi pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

Allahyarha­m Mohd Zulhazwan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Dua lagi mangsa juga kakitangan JTLM yang turut menaiki kenderaan itu ialah

Mohd Fatihi Abdullah, 43, patah paha kiri manakala Muhammad Ishak, 59, cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Dungun.

Zawawi berkata, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Dungun, jam 6.15 petang.

“Sampai di tempat kejadian, saya nampak kemalangan dan tidak berhenti kerana sangka ia kemalangan kecil memandangk­an kenderaan itu tidak remukteruk.

“Ketika kejadian, semua mangsa masih berada dalam kenderaan dan saya sangka mereka hanya cedera,” katanya di Bilik Forensik Hospital Dungun.

Katanya, beliau meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di rumah, seorang rakan menghubung­inya serta memaklumka­n mangsa kemalangan itu rakan baiknya.

Beliau bergegas ke Hospital Dungun dan mendapati berita diterima itu benar.

“Walaupun baru berkenalan

dengan arwah yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah, kami agak rapat.

“Dua lagi yang cedera pula sahabat baik ketika mereka bertugas dengan Jabatan Perikanan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JTLM Terengganu Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, beliau kehilangan seorang pembantu yang berdedikas­i.

Katanya, arwah yang berkhidmat tiga tahun di Terengganu baru saja dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah.

“Arwah sangat baik dan disukai semua kakitangan bawahan dan saya mengucapka­n takziah kepada isteri dan keluarga arwah atas kehilangan­nya,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian ketiga-tiga kakitangan­nya itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menjalanka­n tugas rasmi di Ibu Pejabat di Putrajaya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 341.5, LPT2 yang mengorbank­an Mohd Zulhazwan (gambar kecil). Sampai di tempat kejadian, saya nampak kemalangan dan tidak berhenti kerana sangka ia kemalangan kecil memandangk­an...
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 341.5, LPT2 yang mengorbank­an Mohd Zulhazwan (gambar kecil). Sampai di tempat kejadian, saya nampak kemalangan dan tidak berhenti kerana sangka ia kemalangan kecil memandangk­an...
 ??  ?? SEPUPU arwah, Zalani Awang, 27, menunjukka­n gambar Mohd Azhar.
SEPUPU arwah, Zalani Awang, 27, menunjukka­n gambar Mohd Azhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia