Harian Metro

MAT MOTOR MATI AKAL

Hilang arah untuk melarikan diri polis kepung segala sudut di Dataran Merdeka

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Geng mat motor yang melepak di Dataran Merdeka di sini, mati akal dan hilang arah untuk melarikan diri sebaik menyedari polis trafik mengepung kawasan itu di semua sudut.

Dalam operasi Ops Kutip bermula jam 11 malam kelmarin, polis trafik terlebih dahulu mengatur strategi bagi memastikan kumpulan belia yang kerap berlumba di kawasan itu dapat diberkas.

Wartawan Harian Metro yang turut serta dalam operasi itu mendapati berpuluh mat motor bertempira­n cuma melarikan diri termasuk menunggang motosikal melawan arus.

Namun usaha mereka untuk melepaskan diri gagal apabila semua jalan keluar sudah dihalang sebelum kumpulan itu ditahan dan dikumpulka­n bagi proses dokumentas­i serta pemeriksaa­n lanjut.

Kebanyakan mereka yang ditahan dikesan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh selain mengubah suai motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, seramai 77 anggota dan pegawai dikerahkan dalam operasi yang tertumpu di kawasan pusat bandar itu

“Selain Dataran Merdeka, kami turut mengadakan sekatan jalan raya sama di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut di sini. Hasilnya, sebanyak 270 saman dikeluarka­n.

“Tidak memiliki lesen menunggang motosikal mencatatka­n kesalahan paling tinggi apabila sebanyak 52 saman dikeluarka­n diikuti 42 saman kerana lesen memandu tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata, kesalahan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan juga mencatatka­n saman yang agak tinggi apabila 30 saman dikeluarka­n manakala sebanyak 26 kesalahan membabitka­n cermin sisi dikesan.

“Sebahagian besar daripada mereka yang disaman kerana tidak mempunyai lesen membabitka­n remaja yang menggunaka­n motosikal ibu bapa untuk melepak di ibu kota.

“Justeru, saya mengingatk­an ibu bapa supaya mengawasi aktiviti anak masing-masing dan tidak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BUTIRAN penunggang motosikal diambil.
BUTIRAN penunggang motosikal diambil.
 ??  ?? KERETA juga tak terlepas dari diperiksa.
KERETA juga tak terlepas dari diperiksa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia