Harian Metro

Terbantut pamer aksi lagak ngeri

-

Shah Alam: Aksi lagak ngeri sekumpulan mat rempit yang kemaruk berlumba haram di Lebuhraya KESAS terbantut selepas digempur polis dalam operasi Ops Samseng Jalanan, awal pagi semalam.

Ratusan daripada mereka yang sedang menjadi penonton turut panik selepas semua susur keluar lebuh raya berkenaan mulai Bukit Tinggi sehingga ke Plaza

Tol Bukit Kemuning ditutup kedua-dua arah oleh anggota polis mulai jam 3 pagi.

Ada antara mereka sanggup menongkah arus semata-mata mahu meloloskan diri namun gagal apabila lebuh raya itu dikepung pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor, Superinten­dan Kamaludin Mohamad berkata, 10 mat rempit berusia 18 hingga 27 tahun ditahan kerana menyertai lumba haram serta melakukan pelbagai aksi berbahaya.

Menurutnya, motosikal mereka yang digunakan untuk kegiatan itu juga disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu.

“Polis turut menahan 114 individu membabitka­n 107 motosikal dalam operasi berakhir jam 7 pagi semalam.

“Hasilnya, sebanyak 148 saman dikeluarka­n atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan sebagainya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, operasi yang disertai 19 pegawai dan 170 anggota berpakaian preman itu turut menyita 59 motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Semua yang ditangkap termasuk motosikal yang disita dibawa ke Ibu

Pejabat Polis (IPD) Daerah Klang Selatan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa lesen penunggang motosikal.
ANGGOTA polis memeriksa lesen penunggang motosikal.
 ??  ?? MAT rempit yang ditahan membawa masuk motosikal
di dalam lori.
MAT rempit yang ditahan membawa masuk motosikal di dalam lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia