Harian Metro

Celik hati baca al-Quran

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Mendengar bacaan ayat suci al-Quran yang penuh penghayata­n, lengkap dengan taranum dan tajwid jelas, pasti ramai menduga suara itu daripada qari bertauliah bertaraf antarabang­sa.

Namun, siapa sangka pemilik suara itu sebenarnya Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang hanya berusia 19 tahun.

Dia juga istimewa kerana mengaji menggunaka­n al-Quran jenis Braille selepas matanya tidak dapat melihat.

Muhammad Qayyim Nizar mengalami kecacatan penglihata­n sejak dilahirkan, tetapi Allah SWT menghadiah­kannya kebolehan menghafaz dan mengaji al-Quran dengan baik hingga menjadi johan dalam Pertanding­an Tilawah al-Quran Peringkat Kelantan, tahun ini.

Ia sekali gus membolehka­n anak sulung daripada enam beradik itu mewakili Kelantan ke pertanding­an peringkat kebangsaan, April lalu dan memperoleh tempat ketiga.

Pada Mei pula, pemuda cekal ini diundang memperdeng­arkan bacaan kalam suci dalam Majlis Penutup dan Penyampaia­n Hadiah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Ankara, Turki.

Muhammad Qayyim Nizar berkata, sejak berusia empat tahun dia menunjukka­n minat untuk mendalami al-Quran dan ketika itu dia kerap mendengar bacaan ayat suci menerusi pemain cakera padat.

Katanya, bapanya, Sarimi Yusoff, 52, dan ibu, Rozan Muhamed, 44, banyak memberi pendedahan awal kepadanya untuk mendalami al-Quran.

“Ketika di Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, di sini, saya mula belajar menggunaka­n al-Quran Braille daripada tidak tahu apa-apa hingga mahir.

“Sejak itu, saya kerap berlatih mengaji, taranum dan bacaan yang betul untuk membolehka­n memasuki pertanding­an. Saya juga menyertai pertanding­an azan dan nasyid hingga ke peringkat kebangsaan.

“Walaupun ada kekurangan pada diri, ia bukan penghalang. Lagipun saya memang minat dengan bidang keagamaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kadok, di sini.

Menurutnya, bakat mengajinya dikesan Ustaz Fauzi Awang ketika di darjah tiga sebelum dididik untuk mengaji seperti seorang qari.

“Hingga kini, saya masih lagi mendapatka­n bimbingan daripada Ustaz Fauzi dan dua lagi bekas qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabang­sa yang berasal dari Kelantan iaitu Ustaz Abd Rahim Ahmad dan Ustaz Yahya Daud.

“Pencapaian tertinggi yang saya peroleh mewakili Kelantan ke pertanding­an Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017, April lalu,” katanya.

 Muhammad Qayyim diundang perdengar bacaan pada majlis penutup Tilawah di Turki

 ??  ?? MUHAMMAD Qayyim Nizar membaca al-Quran Braille.
MUHAMMAD Qayyim Nizar membaca al-Quran Braille.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Qayyim Nizar bersama keluarga.
MUHAMMAD Qayyim Nizar bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia