Harian Metro

‘Kutip’ anak derhaka

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

 Skuad elit AADK gerak operasi tangani penagih tegar ancam ibu, bapa

Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka yang sering mengancam nyawa ibu bapa. Itu antara tugas Pasukan Khas Tindakan Taktikal dan Penyiasat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani gejala sosial ditimbulka­n penagih tegar.

Difahamkan skuad elit AADK terbabit akan segera mengambil tindakan menahan penagih dadah ini berdasarka­n laporan dan aduan diterima.

Terbaru pasukan khas terbabit melakukan operasi khas di beberapa lokasi di Lembah Klang kelmarin, bagi menahan golongan penagih tegar yang dilaporkan kerap bertindak agresif atau memukul ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing.

Sumber berkata, serbuan pertama membabitka­n lokasi di Bangi Lama, Selangor,

apabila seorang penagih dadah berusia 30-an diberkas selepas didapati menagih heroin dan syabu.

Dalam operasi jam 3.30 petang itu penagih agresif terbabit diserahkan kepada AADK Hulu Langat untuk siasatan lanjut.

Serbuan seterusnya dilakukan jam 9.30 malam di Flat Kos Rendah Setapak, di sini, susulan aduan seorang penagih yang pernah mencederak­an ibu bapanya.

“Hasil serbuan itu, AADK menahan seorang lelaki yang didapati positif mengambil syabu. Berdasarka­n maklumat, penagih terbabit pernah mengancam nyawa ibu bapanya berulang kali selepas gagal mendapatka­n wang membeli dadah.

“Tugas sama turut dilakukan di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang, Selangor apabila seorang penagih lelaki agresif turut diberkas.

“Penagih terbabit didakwa pernah mencederak­an ahli keluarga kesan ketagihan ganja serius,” katanya.

Bagaimanap­un, seorang penagih dadah yang menetap bersama keluargany­a di Bukit Belimbing Balakong, Selangor, gagal diberkas berikutan tiada di rumah ketika ‘lawatan’ dilakukan.

“Maklumat diberikan ahli keluarga memberitah­u lelaki terbabit sangat ganas dan tidak teragak-agak mencederak­an sesiapa.

“Turut ditahan seorang penagih di sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor yang turut dikesan menjadi pengedar dadah,” katanya.

Menurutnya, semua penagih berbahaya itu akan dihantar menjalani proses pemulihan selepas disiasat mengikut Akta Penagih Dadah (Pemulihan dan Rawatan) 1983.

 ??  ?? SALAH satu pemeriksaa­n dilakukan AADK dalam operasi khas yang dilakukan di Lembah Klang.
SALAH satu pemeriksaa­n dilakukan AADK dalam operasi khas yang dilakukan di Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia