Harian Metro

Suri rumah dinoda ketika ‘temuduga’

-

Manjung: Usaha suri rumah berusia 25 tahun untuk mencari kerja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dirogol ketika dalam perjalanan untuk menghadiri ‘temuduga’ kerja diatur suspek, Jumaat lalu.

Pada kejadian jam 8 malam di sebuah ladang kelapa sawit di belakang Kawasan Perindustr­ian Seri Manjung, di sini, mangsa dikatakan membonceng motosikal suspek yang kononnya mahu membawanya untuk temuduga kerja.

Mangsa kemudianny­a dibawa ke kawasan sunyi di ladang berkenaan dan diugut dengan pisau sebelum dirogol.

Mangsa yang sudah berkahwin itu dikatakan sedang mencari kerja dan mengetahui tawaran kerja sebagai perancang majlis hari jadi terbabit melalui rakannya sebelum dia menghubung­i suspek.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, suspek dipercayai mengatur temu janji dan kemudian menjemput mangsa dengan motosikal.

“Suspek kononnya mahu membawa mangsa berjumpa dengan teman wanitanya bagi berbincang mengenai pekerjaan ditawarkan.

“Mangsa mendakwa suaminya turut mengetahui tentang tawaran kerja itu dan dia kemudianny­a meminta izin suami untuk keluar bersama suspek dengan membonceng motosikal.

“Tiba di lokasi, suspek mengarahka­n mangsa turun daripada motosikal sebelum merogolnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Hanif berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek selain nombor pendaftara­n motosikal. Pihaknya juga sedang giat mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta hentikan penularan gambar individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu kerana ia boleh mengganggu siasatan,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR lelaki (kanan) yang tular didakwa merogol suri rumah.
GAMBAR lelaki (kanan) yang tular didakwa merogol suri rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia