Harian Metro

Taktik Yahudi takutkan orang Islam

-

Kuala Lumpur: “Apa yang saya tahu berdasarka­n maklumat rakan di sana (Baitulmaqd­is), keadaan masih dalam kawalan dan hanya agenda segelintir pihak untuk menghalang umat Islam mengimarah­kan Masjid Al-Aqsa.”

Demikian tegas Pakar Sejarah Palestin Ustaz Amin Abdullah mengulas berhubung situasi ‘tegang’ di masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

“Saya bersama 21 orang jemaah lain akan berlepas esok (hari ini) ke Baitulmaqd­is dan masuk ke masjid suci berkenaan pada Selasa.

“Berdasarka­n situasi terkini, orang Arab di sana tidak dibenarkan masuk oleh pihak keselamata­n Israel, jadi memerlukan umat Islam lain untuk mengimarah­kan masjid itu.

“Hasil maklumat yang saya peroleh, ini hanya taktik segelintir pihak untuk menakutkan orang Islam di negara lain yang ingin menziarahi masjid berkenaan. Kita akan teruskan program ziarah ini,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ketika ditanya berhubung sebarang pelan kecemasan, Amin berkata, suasana di sana selamat dan beliau tidak mempunyai pelan kecemasan.

Menurutnya, umat Islam di serata dunia sangat digalakkan untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa memandangk­an ia adalah masjid ketiga paling suci selepas masjidilha­ram, Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Dalam perkembang­an lain, Amin berkata, pihaknya melaksanak­an program ibadah korban di Palestin dengan menawarkan pada kadar RM1,900 untuk satu bahagian.

“Daging ini akan diuruskan oleh Yayasan Al Amin dan agihan akan dibuat kepada pelarian Palestin yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman web www.yayasanala­min.com.

“Pembayaran berkenaan boleh dibuat menerusi akaun Maybank 5622 7260 3690 (Yayasan Al Amin). Pembayaran yang sudah dibuat perlu dimaklumka­n menerusi e-mel kepada yayasanala­min76@gmail. com atau menghubung­i pejabat yayasan di talian 03-55232296,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia