Harian Metro

Cipta rekod perarakan kebudayaan terbesar

-

Ipoh: Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsun­g di bandar raya ini semalam, menerima pengiktira­fan Malaysia

Book of Records

(MBOR) sebagai perarakan kebudayaan terbesar daripada segi penyertaan.

Program anjuran kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Perak (PCCCI) itu membabitka­n 55 kumpulan dengan lebih 2,000 peserta dan 120 kenderaan berhias terdiri daripada kumpulan kebudayaan, kesenian, muzik serta pelbagai lagi berarak di sepanjang laluan sejauh 2.8 kilometer di bandar raya ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyertai perarakan itu dan menerima sijil MBOR yang diserahkan Ketua Pegawai Operasinya Christophe­r Wong di pentas utama di pekarangan Dewan Bandaran.

Perarakan disaksikan lebih 10,000 pengunjung itu diadakan bersempena Tahun Melawat Perak 2017.

Program bermula jam 7.30 pagi hingga jam 11 pagi dimulakan dengan Zambry memandu kereta antik mengetuai konvoi orang kenamaan ke pentas utama.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man dan Presiden PCCCI Datuk Liew Sew Yee.

Antara kumpulan perarakan yang menarik perhatian pengunjung adalah persembaha­n seni pertahanan diri dari Persatuan Wushu Perak, Persatuan Silat Kebangsaan Perak dan Persatuan Silambam Malaysia Perak.

Zambry berkata, pihaknya berbangga kerana Perak berjaya mengadakan program berkenaan sekali gus mencatat rekod tersendiri dan diiktiraf MBOR.

 ??  ?? PERARAKAN Kebudayaan Ipoh 2017 diiktiraf MBOR, semalam.
PERARAKAN Kebudayaan Ipoh 2017 diiktiraf MBOR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia