Harian Metro

Jual COA palsu

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Sindiket penipuan kaut untung jutaan ringgit hasil aktiviti menerusi laman web

Sindiket penipuan dan penjualan sijil pengesahan (COA) palsu dikesan mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil aktiviti itu melalui beberapa laman web jual beli dalam talian di negara ini.

Malah mereka turut dikesan mengiklank­an perisian komputer tiruan dan nombor siri palsu bagi perisian komputer kepada orang ramai.

Bagaimanap­un, taktik itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) daripada Ibu Pejabat Bahagian Penguatkua­sa Putrajaya dan KPDNKK Perak menyerbu sebuah premis di Ipoh, Perak, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 3 petang itu, lebih 1,000 pelekat COA dirampas bersama beberapa barangan yang digunakan untuk kegiatan itu dengan nilai keseluruha­n sitaan dianggarka­n berjumlah RM864,000.

Bagaimanap­un, seorang lelaki yang juga pemilik premis berkenaan berusia 30-an tidak berada di lokasi dipercayai sudah melarikan diri ketika serbuan berdasarka­n keterangan daripada pekerjanya.

Timbalan Pengarah Penguatkua­sa Cawangan Operasi Khas Bahagian Penguatkua­sa KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, nilai sitaan itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan bagi penjualan barangan tiruan dalam talian.

“Kami sudah menjalanka­n risikan selama dua bulan di lokasi itu selepas menerima laporan awal daripada pengadu yang memaklumka­n berlaku aktiviti penjualan pelekat COA dalam talian.

“Siasatan lanjut mendapati suspek memuatnaik kandungan berhubung penjualan pelekat berkenaan dengan menawarkan harga lebih murah berbanding pelekat asli iaitu serendah RM150 hingga RM250 setiap satu,” katanya.

Berdasarka­n siasatan, kegiatan itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan diserahkan kepada KPDNKK Perak untuk siasatan lanjut.

“KPDNKK akan bekerjasam­a dengan tapak pasar dalam talian yang terbabit supaya menurunkan kandungan iklan yang dimuat naik oleh suspek sebaik notis diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Orang ramai dinasihatk­an supaya tidak terbabit dengan penggunaan barangan tiruan. Mereka boleh membuat aduan sekiranya mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti membabitka­n jual beli perisian palsu,” katanya.

COA adalah label digunakan bagi mengenal pasti ketulenan perisian peranti Microsoft Windows.

 ??  ??
 ??  ?? KPDNKK merampas pelbagai barangan digunakan suspek untuk menjalanka­n kegiatan menjual COA palsu.
KPDNKK merampas pelbagai barangan digunakan suspek untuk menjalanka­n kegiatan menjual COA palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia