Harian Metro

‘Kami periksa setiap masa’

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 MAQIS jamin semua kemasukan daging sejuk beku import patuh syariah

Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) memberi jaminan bahawa semua kemasukan daging sejuk beku yang diimport adalah mematuhi peraturan dan hukum Islam.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mokhtarud-din Husain berkata, perkara itu menjadi syarat utama dalam setiap pemeriksaa­n kontena bekalan bahan makanan sejuk beku.

“Dalam isu ini, kita tidak berkomprom­i. Pemeriksaa­n intensif sememangny­a dilaksanak­an pada setiap kontena bahan makanan sejuk beku termasuk memastikan syarikat berkenaan memiliki sijil halal yang diperakui oleh agensi tempatan.

“Ada dua perkara yang sangat kita titikberat­kan iaitu pemilikan sijil halal dan sijil kesihatan jika ia produk bahan mentah seperti daging sejuk beku.

“Kita juga akan membuat pemeriksaa­n di dalam kontena, jika permit dagangan untuk syarikat dari Australia, kita akan pastikan ia barangan dari Australia dan bukan Brazil atau negara lain,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Minggu lalu, MAQIS menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Bekalan daging dianggarka­n seberat 120 tan bernilai RM2 juta diletakkan dalam kontena sejuk beku itu didapati diimport syarikat produk sejuk beku tempatan yang beroperasi di Selangor.

Kes itu juga menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang akan mengambil tindakan terhadap syarikat produk sejuk beku yang juga pemegang permit import (AP) daging jika didapati menyalahgu­nakan perakuan sijil halal.

Mokhtarud-din berkata, orang ramai tidak perlu bimbang berhubung perkara itu kerana MAQIS memastikan setiap daging yang diimport menepati pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 ?? Mokhtarud-din ?? Ada dua perkara yang kita titikberat­kan iaitu pemilikan sijil halal dan sijil kesihatan jika ia produk bahan mentah seperti daging sejuk beku”
Mokhtarud-din Ada dua perkara yang kita titikberat­kan iaitu pemilikan sijil halal dan sijil kesihatan jika ia produk bahan mentah seperti daging sejuk beku”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia