Harian Metro

Jho Low tidak diberi layanan istimewa

-

Kepala Batas: Kerajaan tidak langsung memberi layanan istimewa terhadap Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berkaitan isu kerakyatan ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal

Merican Naina Merican berkata, perkara itu sudah termaktub dalam Perlembaga­an negara mengenai taraf kewarganeg­araan di mana ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia.

“Dalam isu Jho Low, tiada layanan istimewa diberikan kepadanya, ia termaktub dengan Perlembaga­an Malaysia.

“Buat masa ini, kita tunggu dan lihat kerana ia di bawah kendalian Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kerakyatan Jho Low selepas Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) meminta jawapan daripada Wisma Putra dalam satu surat yang dihantar ke Kementeria­n Luar.

Reezal berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Kepala Batas semalam.

Menurut laporan sebuah portal, JPN sedang menunggu jawapan daripada Wisma Putra berhubung dakwaan bahawa Jho Low memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia serta St Kitts dan Nevis.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli dipetik berkata, jabatannya menulis kepada Kementeria­n Luar untuk mendapatka­n maklumat yang relevan daripada negara kepulauan Caribbean itu.

“Kami hantar surat kepada Wisma Putra untuk dapatkan maklumat, setakat ini tak ada jawapan.

“Kalau dia (Jho Low) ada dua kewarganeg­araan, kita kena dapatkan bukti, sama ada (salinan) pasportnya atau surat dari pihak berkuasa di sana

(St Kitts dan Nevis),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia