Harian Metro

Hotel dekat Masjid Nabawi

-

Madinah: Bagi memberi kemudahan kepada jemaah berulang-alik ke Masjid Nabawi untuk beribadat dan menziarahi Makam Rasulullah sepanjang berada di Madinah, semua hotel penginapan mereka di Kota Suci ini hanya terletak antara 50 hingga 300 meter dari masjid.

Hari ini, kumpulan pertama jemaah Malaysia akan tiba melalui Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Madinah secara berperingk­at sehingga 17 Ogos ini bagi penerbanga­n haji fasa pertama.

Pengarah Operasi Haji Madinah 1438 Hijrah Mohd Zawawi Bostam berkata, bagi menampung pertambaha­n bilangan jemaah pada musim haji kali ini, Lembaga Tabung Haji (TH) menambah lapan lagi hotel baru untuk penginapan di Madinah menjadikan keseluruha­n 11 hotel.

Katanya, pada musim haji 2016, TH hanya menyediaka­n tiga hotel penginapan di Madinah iaitu Hotel Al Haram, Anwar Al Madinah Movenpick dan Al Saha.

Beliau berkata, bagi musim haji kali ini, lapan hotel penginapan baru disediakan bagi menampung bilangan jemaah termasuk Jewar Elsafeqa, Al Zahrah Al-Khair, Rawda Al Aqiq, Mawaddah Al Noor dan Mawaddah Al Waha.

Menurutnya, semua hotel penginapan itu bertaraf sekurang-kurangnya tiga bintang dengan setiap bilik menempatka­n maksimum lima orang.

Pada musim haji kali ini, seramai 30,200 jemaah terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima berbanding seramai 22,300 orang pada 2016.

 ??  ?? ANTARA hotel yang disediakan untuk jemaah haji di Madinah.
ANTARA hotel yang disediakan untuk jemaah haji di Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia