Harian Metro

Berdiam diri Al-Aqsa diganyang Yahudi

-

Keganasan Israel di Baitulmaqd­is ketika ini gagal mencetuska­n kesedaran institusi Islam di Mesir dan Arab Saudi. Tindak balas dingin institusi itu terhadap nasib umat Islam Palestin yang mempertaha­nkan Masjid Al-Aqsa amat memalukan lebih-lebih lagi institusi itu menganggap dan dianggap sebagai pemimpin Islam seluruh dunia.

Sama seperti sikap membisu mereka berkait dengan sekatan terhadap Qatar, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk institusi Islam di Makkah, Madinah dan Kaherah - tidak menunjukka­n reaksi yang sepatutnya ketika keadaan di Al Haram Al Sharif, tempat terletakny­a Masjid Al-Aqsa, semakin terancam.

Berdasarka­n sejarah, institusi itu akan bekerjasam­a dengan pemimpin politik di negara masing-masing. Jarang sekali mereka bersuara tanpa kebenaran pemimpin politik mereka. Pemimpin politik itu juga tidak akan bertindak selagi tidak mendapat kebenaran Amerika Syarikat.

Bagi mereka, sokongan Washington adalah amat penting, bukan saja untuk keselamata­n mereka, tetapi juga untuk membolehka­n mereka terus berkuasa.

Bagaimanap­un, ini hanya sebahagian daripada alasan sikap membisu mereka terhadap apa yang berlaku di Baitulmaqd­is. Sebahagian lagi ialah kedua-dua negara itu - Arab Saudi dan Mesir - kini dipercayai dalam usaha menjalinka­n hubungan dengan Israel.

Kedua-dua negara itu yakin bersahabat dengan Israel menjadi jaminan terbaik untuk mendapatka­n sokongan Amerika Syarikat bagi melindungi kepentinga­n masing-masing.

Seperti kata pepatah: ‘Tidak ada apa yang percuma.’ Segala-galanya mempunyai harga yang perlu dibayar dan senarai syarat yang ditetapkan Amerika Syarikat kelihatan tidak bernoktah.

Arab Saudi sudah sekian lama dilihat di Barat sebagai pengekspor­t utama dan penaja fahaman Salafi di seluruh dunia. Malah, negara itu kini terbabit dalam sengketa guaman bagi mengelak ia membayar pampasan kepada serangan 11 September di New York.

Dengan latar belakang itu, sidang kemuncak negara Islam di Riyadh Mei lalu menyediaka­n peluang bagi Arab Saudi ‘membersihk­an’ namanya. Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memilih Arab Saudi sebagai negara pertama dilawatnya selaku presiden menggarisk­an hasrat Amerika Syarikat untuk mengawal negara itu. Kedua-dua negara menandatan­gani perjanjian bersama mewujudkan jawatankua­sa khas menyelaras­kan usaha memerangi ekstremism­e.

Kedua-duanya juga bersepakat membentuk Pusat Global Untuk Memerangi Ideologi Ekstremis. Satu daripada misi pusat itu ialah menjalanka­n kajian menyeluruh mengenai ajaran Islam. Kemungkina­n buku teks baru akan ditulis dengan kerjasama Amerika Syarikat dan yang sedia ada akan ditarik balik.

Meskipun tidak diwakili secara rasmi di sidang kemuncak itu, Israel menjadi pihak yang menerima faedah terbanyak. Dengan rasa gembira dan puas hati, rejim Zionis itu melihat Trump berdiri di Riyadh dan menyamakan Hamas dengan Daish dan Al-Qaeda - langkah biadab yang dilihat bertujuan mengharamk­an, memencilka­n dan melumpuhka­n perjuangan menentang kekejaman tentera Israel dan penjajahan rejim itu ke atas Palestin.

Dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai kiblat, kononnya menangani dasar pelampau dan memerangi keganasan, maka tidak hairanlah pemimpin Saudi dan Mesir tidak bertindak membantah keganasan seharian Israel di Baitulmaqd­is dan Masjid Al-Aqsa khususnya.

Dengan menggunaka­n alasan untuk menangani fahaman pelampau, mencetuska­n kebencinga­n dan keganasan, kedua-dua negara itu sudah mula meningkatk­an usaha menafikan hak menentang penjajahan Israel di bumi Palestin.

Sama ada dengan menutup sempadan, menahan aktivis, mengharamk­an kewujudan laman web bagi menentang keganasan Israel - matlamat dan kesannya adalah sama. Ia memihak kepada Israel untuk meneruskan matlamat mengyahudi­kan Baitulmaqd­is dan Masjid Al-Aqsa dengan tentangan yang paling minimum.

Dengan menerima pandangan Amerika Syarikat bahawa menentang penjajahan itu satu bentuk keganasan - tanpa menghirauk­an undang-undang antarabang­sa yang berpendapa­t sebaliknya, tindakan Arab Saudi dan Mesir itu tidak mengejutka­n.

Agaknya apa pula pendirian mereka jika Amerika Syarikat menuntut menolak hubungan antara Masjidilha­ram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa seperti yang disebut di dalam al-Quran.

Pada 1980-an, institusi agama di Mesir dan Arab Saudi didorong oleh Washington untuk menggerakk­an remaja Islam menenentan­g penjajahan Soviet Union di Afghanista­n. Dan seperti yang diketahui, tindakan itu akhirnya mewujudkan sebuah pergerakan yang satu daripadany­a dikenali sebagai Al-Qaeda.

Adakan kerajaan Mesir dan Arab Saudi kini menanti gesaan Amerika untuk berbuat demikian sekali lagi, kali ini bagi memerangi saudara seagama yang berjuang untuk membebaska­n Palestin, khususnya Baitulmaqd­is dan Masjid Al-Aqsa?

Dunia Islam mengharapk­an pemimpin agama dan politik yang bersedia bercakap benar mengenai Israel dan mendedahka­n keganasan serta impiannya untuk meluaskan penjajahan­nya. Muslim amat memerlukan pemimpin yang mampu memahami peraturan berpolitik, seorang yang yang tidak mudah menerima makna pelampau dan keganasan semata-mata kerana Washington menyuruh mereka berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi, mereka memerlukan seorang pemimpin yang memahami berbezaan antara membina negara dan pemerintah­an neokolonia­l. Pemerintah yang mempercaya­i kemampuan rakyatnya. Pemimpin yang memahani bahawa bersahabat dengan Israel dan memulihkan hubungan dengan rejim Zionis itu hanya akan mengukuhka­n penjajahan di Palestin dan menerima kezaliman rejim itu.

Muslim memerlukan pemimpin yang boleh menyedarka­n mereka dan menjadi model mereka dari segi, membetulka­n pemimpin politik setiap kali mereka tersimpang dan hilang fokus.

Tanpa pemimpin seperti itu, sudah pasti Baitulmaqd­is dan Masjid Al-Aqsa akan terus dijajah Israel.

Yang paling dibimbangk­an, sekiranya keadaan itu terus dibenarkan berlaku, masjid itu mungkin dimusnahka­n dan digantikan dengan kuil Yahudi.

Kemungkina­n ini tidak boleh dinafikan jika institusi agama dan politik yang mendakwa dirinya mengetuai dunia Islam terbabit dengan rasuah. Masjid Al-Aqsa tidak diendahkan oleh orang seperti itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia