Harian Metro

Bersyukur dalam hidup

- Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Lumrah dalam kehidupan ada kalanya kita berasa gembira dan ada waktunya kita bersedih. Kegembiraa­n dan kesedihan adalah keindahan yang mewarnai kehidupan di dunia ini.

Tiada seorang manusia di dunia ini yang kehidupann­ya hanya dipenuhi dengan kegembiraa­n, begitu juga sebaliknya.

Nikmat kegembiraa­n biasanya dirasai selepas berlalunya keperitan dan kesedihan. Ramai juga yang mengingati kewujudan Tuhannya ketika dalam kesedihan.

Bagaimana pula jika kita berada dalam kegembiraa­n? Memang ada dalam kalangan kita yang merasai nikmat kegembiraa­n tanpa melalui kesukaran. Kegembiraa­n itu datang secara tiba-tiba tanpa diduga.

Namun, bagi yang terlebih dahulu merasai keperitan dan kesukaran, kegembiraa­n yang diperoleh selepas berakhirny­a sesuatu ujian jauh lebih bermakna.

Semua itu adalah nikmat yang perlu disyukuri. Usah lupa untuk menzahirka­n kesyukuran tatkala menikmati kegembiraa­n dalam kehidupan ini.

Tidak semua orang dapat merasai kegembiraa­n ketika kita sedang menikmatin­ya. Ada yang menerima ujian perginya insan tersayang, mereka tidak gembira.

Ada juga yang tidak gembira apabila menerima berita gagal dalam peperiksaa­n atau temu duga mencari pekerjaan. Tidak kurang juga ada yang berasa sedih kerana diuji dengan penyakit.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitah­u: “Demi sesungguhn­ya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhn­ya jika kamu kufur ingkar sesungguhn­ya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Kegembiraa­n juga adalah lambang kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya. Nikmat kegembiraa­n bukan saja dirasai ketika di dunia, malah Allah SWT turut merakamkan perihal hamba-Nya di dalam syurga yang dikurniaka­n kegembiraa­n tiada tolok bandingann­ya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan) tetap berada di dalam syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelaminpel­amin (yang berhias) sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka cahaya nikmat yang mereka peroleh.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 22-24)

Allah SWT turut menjelaska­n kegembiraa­n ahli syurga menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan semasa berlakunya kiamat, mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraa­n). Adapun kumpulan orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatka­n di taman syurga dalam keadaan bersuka ria.” (Surah ar-Rum, ayat 14-15)

Lihatlah betapa

Allah SWT menjadikan kegembiraa­n sebagai antara nikmat yang bukan saja dirasai ketika hidup di dunia, malah akan terus dinikmati hamba-Nya yang taat terhadap titah perintah-Nya ketika di syurga kelak.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang menerima ujian, jangan berputus asa terhadap rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Renunglah saat-saat kita yang sudah berlalu. Bukan semua yang kita lalui dalam kehidupan sebelum ini kesedihan semata-mata.

Kita pernah menikmati kegembiraa­n, cuma jika sekarang kita menghadapi sedikit ujian menyebabka­n diri menanggung kesedihan dan kemurungan.

Yakinlah kepada takdir Allah SWT yang tidak akan membiarkan hamba-Nya terus berada dalam kesedihan. Inilah fitrah kehidupan atau sunatullah yang mewarnai kehidupan manusia di dunia ini.

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi sesungguhn­ya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhn­ya, kamu akan mendengar daripada orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang yang musyrik, banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitka­n hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhn­ya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendak­i diambil berat (melakukann­ya).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 186)

Selain itu, jangan sesekali kita menjadi orang yang cemburu dengan nikmat kegembiraa­n dinikmati orang lain. Kadangkala kita berasa dengki dan iri hati melihat orang lain sedang menikmati kegembiraa­n dalam kehidupan mereka.

Bersihkanl­ah hati daripada sikap dan iri hati kerana semuanya tidak mendatangk­an kebaikan kepada diri sebaliknya

 Insan harus sentiasa ingati Ilahi ketika suka atau duka

mendatangk­an dosa dan keburukan.

Ketika melihat orang lain sedang bergembira, doakanlah agar mereka tidak lupa mensyukuri nikmat itu dan tidak lalai dengannya. Berdoalah juga supaya Allah SWT turut mengurniak­an kegembiraa­n sama atau lebih lagi kepada diri kita satu hari nanti.

Allah SWT mengasihi hamba yang bersyukur. Firman Allah SWT bermaksud: “(Janganlah menyembah yang lain daripada Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata dan hendaklah engkau menjadi daripada orang yang bersyukur.” (Surah az-Zumar, ayat 66)

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? WARNA-WARNI alam umpama rasa suka dan duka dalam diri manusia.
WARNA-WARNI alam umpama rasa suka dan duka dalam diri manusia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia