Harian Metro

Solat cegah perkara keji, mungkar

-

Adakah solat seseorang itu sah jika setiap hari makan benda yang haram seperti dadah?

Masalah itu disebut oleh fuqaha sebagai infikak al-jihah (terpisahny­a bahagian). Dalam isu berkenaan, sekiranya solat yang dilakukan menepati rukun dan syarat sahnya, maka solatnya dikira sah dan tidak perlu diulangi.

Dari sudut adakah Allah SWT akan menerima solat daripadany­a, maka perkara itu kembali kepada ilmu Allah SWT yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Walaupun begitu, setiap insan bergelar Muslim perlu menghayati firman Allah SWT yang berikut. Allah berfirman yang maksudnya: “Sesungguhn­ya Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Kata Imam Ibn Kathir ketika menafsirka­n ayat itu: (Sesungguhn­ya Allah SWT hanya menerima amalan) daripada golongan yang bertakwa kepada Allah dalam melakukan amalan itu. - Lihat Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (3/85)

Berdasarka­n ayat itu, jelas ia menunjukka­n kepada kita bahawa Allah SWT hanya menerima amalan yang terbit daripada kalangan mereka yang bertakwa.

Ketakwaan itu meliputi perbuatan menjauhkan diri daripada kesyirikan dan maksiat serta melakukan segala perintah yang disuruh oleh Allah SWT.

Demikian juga ada sebuah hadis diriwayatk­an daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah itu Maha Baik dan Dia tidak menerima melainkan sesuatu yang baik saja.” (Riwayat Muslim)

Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahull­ah ketika mensyarahk­an hadis itu berkata: Yang dimaksudka­n dengan hadis ini adalah: “Sesungguhn­ya Allah

SWT suci lagi bersih daripada sebarang unsur kekurangan dan segala kecacatan.

Beliau turut mengatakan yang dimaksudka­n dengan hadis itu adalah lebih umum iaitu: “Sesungguhn­ya Allah

SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan ia bersih lagi suci daripada segala kerosakan seperti perasaan riyak dan juga ‘ujub.

Allah juga tidak akan menerima sesuatu harta melainkan ia bersih lagi halal. - Rujuk al-Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, Ibn Rajab al-Hanbali (1/258).

Secara umumnya, kami menyatakan solat yang dilakukan dengan menepati rukun dan syaratnya adalah sah dan melepaskan zimmah (tanggungja­wab) seseorang itu.

Walaupun begitu, sekiranya seseorang yang melakukan solat itu masih melakukan perkara haram seperti mengambil dadah dan seumpamany­a, itu bererti solatnya tidak mendatangk­an kesan kebaikan kepada dirinya.

Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhn­ya solat itu mencegah seseorang daripada perbuatan keji lagi mungkar.” (Surah al-Ankabuut, ayat 45)

Demikian juga sebuah athar daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata maksudnya: “Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, tidak bertambah sedikitpun kedudukan dirinya dengan Allah melainkan bertambah jauh.”

Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh yang kita lakukan serta mengurniak­an kepada kita solat yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara keji lagi mungkar.

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia