Harian Metro

Penjodoh kerja

SL1M capai matlamat bantu graduan menganggur

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) terbukti mencapai matlamat membantu graduan menganggur memperoleh pekerjaan, kata Ketua Sekretaria­tnya, Norashikin Ismail.

Beliau berkata, ini dapat dilihat menerusi dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui pelbagai majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat korporat terkemuka yang menyertai program itu.

Pada masa sama, katanya, terdapat peningkata­n syarikat swasta yang menyertai program itu sejak ia dilancarka­n pada 1 Jun 2011.

“Jika sebelum ini kebanyakan majikan menyertai SL1M syarikat dan agensi milik kerajaan, kini program itu semakin mendapat perhatian sektor swasta termasuk Maybank, UEM Group, Astro, PETRONAS serta Top Glove,” katanya mengulas SL1M yang diadakan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini, selama dua hari yang berakhir, semalam.

Norashikin berkata, SL1M bukan sahaja diterima baik di dalam negara, malah diiktiraf di peringkat antarabang­sa apabila menjadi wakil

tunggal Malaysia di United Nation Public Services Forum 2017 yang diadakan di The Hague, Belanda, bulan lalu.

Katanya, pada forum berkenaan, delegasi dari negara lain termasuk Belanda, Oman, Sri Lanka dan Columbia menunjukka­n minat mendalam konsep dan pelaksanaa­n program SL1M.

“Usaha menarik perhatian pihak swasta bekerjasam­a dengan kerajaan sangat mencabar bagi kebanyakan negara namun Malaysia mampu melaksanak­annya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, kira-kira 120,000 graduan dibantu mendapatka­n pekerjaan menerusi SL1M manakala 1,407 daripadany­a anak Sabah.

Sementara itu, Norashikin berkata, hari kedua SL1M di UMS semalam bukan setakat menawarkan peluang temu duga, malah terdapat sesi ceramah motivasi, bengkel kerjaya dan pelbagai gerai jualan.

“SL1M juga menyajikan sesi motivasi bersama Adam Shamil (bintang YouTube) serta berhibur bersama selebriti Firman AF serta Kumpulan Zero (Maharaja Lawak),” katanya.

Menempuh perjalanan jauh selama sembilan jam dari Lahad Datu, bukan menjadi penghalang buat Mohd Azfar Mohamed, 23, untuk menyertai temuduga pada program berkenaan.

 ??  ?? NORASHIKIN (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pengunjung dan pencari kerja.
NORASHIKIN (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pengunjung dan pencari kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia