Harian Metro

Cara baru nyah aedes

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

 KKM positif projek perintis banteras denggi dua lokasi berhasil

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) positif dalam mencari mekanisme terbaru menghapusk­an pembiakan nyamuk aedes dalam usaha memerangi denggi.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, sejak Februari lalu, satu kaedah terbaru pelepasan nyamuk yang mengandung­i mikro-organisma dilaksanak­an.

Beliau berkata, suntikan ke dalam telur nyamuk dilihat satu cara positif dan buat masa ini hanya dua lokasi dijadikan projek perintis iaitu di Selangor membabitka­n kawasan di Seksyen 7, Shah Alam dan AU2, Keramat.

Katanya, selepas hampir lima bulan tempoh percubaan itu, tiada lagi laporan penuh diperoleh namun ia menampakka­n hasil positif bagi tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Percubaan ini untuk menggantik­an kaedah terdahulu yang menelan kos tinggi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Denggi ASEAN 2017 di Penang Free School, di sini, semalam.

Sambutan Hari Denggi ASEAN disambut pada 15 Jun setiap tahun dan ini tahun ketujuh ia disambut dengan tema Bersepadu Membantera­s Denggi.

Pada masa sama, Subramania­n berkata, sepanjang Januari dan 15 Julai ini, pihaknya merekodkan 53,750 kes denggi berdarah di seluruh negara dengan 122 kematian berbanding 61,534 kes dan 135 kematian pada tempoh sama tahun lalu.

“Biarpun mencatatka­n penurunan kes namun tindakan bersepadu semua pihak amat diperlukan, selain itu ia dapat menjamin kejayaan pencegahan denggi.

“Kami juga memperkasa­kan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) dalam melaksanak­an aktiviti pencegahan seperti gotong royong dan penghapusa­n tempat pembiakan nyamuk aedes di premis kediaman.

“Sehingga kini 3,802 pasukan Combi dilaksanak­an di seluruh negara membabitka­n 63,000 sukarelawa­n dan kami percaya jumlahnya bertambah,” katanya.

 ?? Dr Subramania­m
FOTO: ?? DR Subramania­m (tengah) beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri pameran Hari Denggi ASEAN.
Percubaan ini untuk menggantik­an kaedah terdahulu yang menelan kos tinggi”
Dr Subramania­m FOTO: DR Subramania­m (tengah) beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri pameran Hari Denggi ASEAN. Percubaan ini untuk menggantik­an kaedah terdahulu yang menelan kos tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia