Harian Metro

Usaha bersama pelihara perpaduan

-

Semua rakyat Malaysia harus berperanan sebagai pembina jambatan etnik antara kaum dan perpaduan dan tidak menjadi wira memperjuan­gkan isu perkauman, sekali gus boleh merosakkan keharmonia­n antara kaum.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tugas utama setiap rakyat negara ini mempertaha­nkan keharmonia­n kaum dan agama serta menolak ekstremism­e yang boleh menjejaska­n kedamaian.

“Rakyat negara ini akan menyambut dua peristiwa penting tidak lama lagi iaitu sambutan kemerdekaa­n yang ke-60 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia ke-54 pada 16 September depan.

“Ia memberi kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk menghidupk­an semula semangat patriotik selain memupuk keharmonia­n, integrasi dan perpaduan antara kaum yang menjadi asas penting pembanguna­n negara berbilang bangsa berjaya,” katanya.

Lee berkata, patriotism­e bukan untuk tontonan atau gambaran emosi bersifat sementara, tetapi komitmen seumur hidup serta rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kecintaan terhadap negara tidak seharusnya bercambah dan berkembang hanya pada bulan Ogos, tetapi perlu terus kukuh di hati.

“Negara ini boleh menjadi contoh kepada dunia jika rakyatnya menghormat­i dan meraikan perbezaan antara kaum selain mengiktira­f kepelbagai­an mereka.

“Sebagai negara merdeka yang masih muda, perbezaan pendapat fakta yang perlu diterima. Perbezaan antara kita bukan penyebab perpecahan tetapi sikap tidak mahu bertoleran­si terhadap perbezaan tersebut adalah puncanya,”

katanya.

 ??  ?? ALI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
ALI (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia