Harian Metro

Dah masak helah lapuk

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Dokumen perjalanan ditinggalk­an dalam beg dan di rumah antara helah lapuk diberikan warga asing untuk melepaskan diri daripada ditahan pegawai penguat kuasa dalam operasi di sebuah pusat hiburan karaoke di Ampang, malam kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 11.30 malam hingga 12.30 tengah malam itu, seramai 23 warga asing membabitka­n sembilan lelaki dan 14 wanita ditahan di pusat karaoke berkenaan.

Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen (JIM) Selangor bersama Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketika serbuan, pelanggan di pusat karaoke itu leka berhibur dan tidak menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan JIM Selangor, Ramli Othman berkata, mereka yang ditahan berusia antara 23 hingga 37 tahun.

Beliau berkata, pusat hiburan itu sesak dengan pelanggan warga asing yang sedang leka berhibur dengan minuman keras ketika serbuan dilakukan.

“Ketika pemeriksaa­n ada warga asing memberi alasan sengaja meninggalk­an dokumen perjalanan mereka di rumah kerana takut hilang.

“Ada juga menyatakan dokumen mereka tertinggal dalam beg di bilik karaoke namun ia hanya helah semata-mata,” katanya.

Ramli berkata, pihaknya tidak berkomprom­i dengan warga asing yang tidak memiliki Enforcemen­t Card (E-Kad) malah operasi seumpama itu akan diteruskan.

Semua yang ditahan itu dibawa ke pejabat Imigresen

 Dokumen tertinggal di rumah antara alasan diberi warga asing elak ditahan Ada juga menyatakan dokumen mereka tertinggal dalam beg di bilik karaoke namun ia hanya helah semata-mata”

Ramli

untuk proses dokumentas­i sebelum tindakan selanjutny­a diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1953.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa menahan warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di Ampang.
ANGGOTA penguat kuasa menahan warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke di Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia