Harian Metro

ONE AIRASIA

-

Strategi dua tahun gabung struktur korporat rantau ASEAN

AirAsia komited untuk menjadikan syarikatny­a sebagai jenama ASEAN yang dikenali di seluruh dunia dan memainkan peranan untuk menonjolka­n rantau itu sebagai pasaran penting di peringkat global.

Malah, langkah AirAsia yang menghubung­kan Kuala Lumpur ke semua negara ASEAN sejak 16 tahun lalu dan melangkaui sepadan rantau terbabit seperti ke China dan Amerika Syarikat mampu meningkatk­an hubungan dalam pelbagai sosioekono­mi antara rantau global.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, langkah pertama yang bakal dilaksanak­an ialah untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbanga­n yang dikenali sebagai One AirAsia yang kini dalam proses perbincang­an dengan pel- bagai pihak.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an sekiranya perbincang­an dengan kerajaan di ASEAN berjalan dengan baik, syarikat itu disasarkan dapat ditubuhkan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“One AirAsia adalah sebuah entiti yang menggabung­kan struktur korporat kami di bawah satu bumbung di ASEAN. Perkara ini masih dalam perbincang­an terutama membabitka­n polisi daripada pihak kerajaan dari pelbagai negara.

“Jika dahulu saya tidak dapat melihat perkara ini dilaksanak­an, tetapi peluangnya semakin cerah pada masa kini. Sekiranya syarikat ini dapat ditubuhkan ia boleh mengurangk­an kos, menyatukan perkhidmat­an serta produk bagi operasi di ASEAN,” katanya selepas majlis pelancaran laluan terus terbarunya Kuala Lumpur ke Davao, Filipina, di sini.

Majlis pelancaran

itu yang dibuat ketika berlangsun­gnya Persidanga­n Pelaburan Davao 2017 (ICON 2017) yang dirasmikan Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte serta dihadiri Datuk Bandar Davao, Sara Duterte-Caprio dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina, Dexter Comendador.

Ketika ini, AirAsia menghubung­kan Kuala Lumpur dengan 25 negara dan melangkaui sempadan rantau berkenaan serta mempunyai lapan syarikat di bawah kumpulanny­a dengan tiga daripadany­a disenaraik­an di pasaran awam iaitu AirAsia Bhd, Thai AirAsia Co Ltd dan AirAsia X Bhd.

Pada masa terdekat kumpulan AirAsia bercadang untuk menyenarai­kan AirAsia Filipina di pasaran awam sekurang-kurangnya menjelang hujung tahun ini atau suku pertama 2018 memandangk­an pasaran itu mempunyai potensi besar bagi pasaran operasi perniagaan­nya.

 ??  ?? TONY (lima dari kanan) ketika
melancarka­n laluan baru dari Kuala Lumpur ke Davao.
TONY (lima dari kanan) ketika melancarka­n laluan baru dari Kuala Lumpur ke Davao.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia