Harian Metro

Bantu bangun sosioekono­mi di Davao

-

Davao (Filipina): Kumpulan AirAsia menjadi entiti pelabur penting di Filipina memandangk­an kehadirann­ya di negara berkenaan membantu membangunk­an sosioekono­mi di kawasan luar bandar khasnya.

Semasa berlangsun­gnya Persidanga­n Pelaburan Davao 2017 (ICON 2017) di Davao, baru-baru ini, Datuk Bandar Davao Sara Duterte-Caprio turut menyifatka­n kehadiran AirAsia di Davao membantu mengeratka­n hubungan diplomatik antara Filipina dan Malaysia.

Beliau berkata, penerbanga­n pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur dan Manila yang menghubung­kan Davao misalnya memudahkan jaringan perjalanan pelabur ke wilayah berkenaan.

Sara berkata, malah kemudahan pengangkut­an penerbanga­n mampu milik ditawarkan AirAsia menjadikan Davao sebagai destinasi menarik untuk aktiviti perniagaan daripada pelabur asing.

“Kami berusaha untuk membangunk­an ekonomi di Davao yang mempunyai pelbagai sektor berpotensi untuk dibangunka­n seperti pelanconga­n, pembuatan, pertanian dan tenaga boleh diperbahar­ui.

“Di sini, kami juga bekerjasam­a rapat dengan perunding dari Malaysia, Jepun dan Indonesia untuk membantu meningkatk­an tarikan pelaburan asing di Davao yang juga kawasan Presiden Filipina, Rodrigo Rao Duterte,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama pembukaan ICON 2017, di sini.

Wilayah Davao secara umumnya merangkumi Davao City, Davao Del Sur, Davao del Norte, Lembah Compostell­a, Davao Occidental dan Davao Oriental dengan jumlah penduduk lebih enam juta orang. Tahun lalu, wilayah ini mencatat kadar Pertumbuha­n Kasar Domestik Serantau pada 9.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia