Harian Metro

Rancang tambah 17 cawangan

-

Kuala Lumpur: Nando’s Chickenlan­d Malaysia Sdn Bhd (Nando’s) merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 90 cawangan di seluruh negara menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Stephen Chew berkata, setakat ini Nando’s mempunyai sebanyak 73 rangkaian membabitka­n 68 restoran di negeri Semenanjun­g Malaysia manakala bakinya di Sabah dan Sarawak.

“Kami bakal menambah kira-kira 17 cawangan lagi di kawasan yang mendapat permintaan tinggi membabitka­n jumlah perbelanja­an modal (capex) keseluruha­n bernilai hampir RM30 juta.

“Setiap unit yang berkeluasa­n kira-kira 3,000 kaki persegi akan dibina dengan konsep berbeza-beza demi memberikan pengalaman makan di restoran yang terbaik kepada pelanggan,” katanya pada majlis sidang media peraduan Malaysian

>>Cawangan itu tawar produk elektrik, teknologi maklumat dan perabot dalam semua kategori

Grillers’ Challenge 2017, di sini, semalam.

Peraduan berkenaan adalah untuk mencari tiga pemenang di peringkat kebangsaan sebelum mewakili Malaysia di pentas dunia bersempena The Nando’s Internatio­nal Grillers’ Challenge 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g di Johannesbu­rg, Afrika Selatan.

Menurutnya, usaha penambahan angka restoran itu diharap dapat mengukuhka­n kedudukan semasa kumpulan agar terus berkembang dengan lebih rancak pada masa akan datang.

“Selain kempen terbabit, kami turut melaksanak­an pelbagai inisiatif pemasaran lain sebagai langkah kesedaran jenama restoran berkenaan,”katanya.

 ??  ?? CAWANGAN baru COURTS di Keningau dan Semporna tawar pelbagai barangan terbaik dan berkualiti.
CAWANGAN baru COURTS di Keningau dan Semporna tawar pelbagai barangan terbaik dan berkualiti.
 ??  ?? KAKITANGAN Nando’s membantu wakil media menyediaka­n resipi Art Of Grilling.
KAKITANGAN Nando’s membantu wakil media menyediaka­n resipi Art Of Grilling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia