Harian Metro

LAHAP APA SAJA

- Daily Mail

 Budak obes tidak boleh berhenti makan, sanggup telan tisu tandas, habuk jika lapar

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun memiliki masalah pelik apabila tidak dapat berhenti makan menyebabka­n dia sanggup menelan apa saja, termasuk tisu tandas jika tidak mendapat makanan.

Berat Caden Benjamin dari Standerton, Afrika Selatan, kini mencecah 90 kilogram (kg) kerana tidak berhenti makan dan terpaksa memakai baju lelaki dewasa bersaiz XL.

Caden didiagnos menghidap masalah genetik sindrom Prader-Willi yang menyebabka­n penghidapn­ya sentiasa terdorong untuk makan.

Ibunya Zola Benjamin berkata, Caden sanggup makan apa saja.

“Dia pernah makan tisu tandas. Bukan sedikit, tetapi bergulung-gulung.

“Sebenarnya dia sanggup makan apa saja yang ada di dalam rumah ini. Kalau begitu terdesak sehingga tiada benda lain dia sanggup mengumpulk­an habuk di lantai dan memakannya,” kata Zola.

Menurutnya, Caden terpaksa menjalani pembedahan trakeotomi dan kini bernafas melalui tiub yang dimasukkan ke dalam salur udaranya.

Sindrom Prader-Willi amat jarang ditemui dan tiada rawatan untuknya. Ribuan orang menghidapn­ya di seluruh dunia dan ia mengakibat­kan pelbagai masalah fizikal, mental serta tingkah laku.

Zola berkata: “Kami merasakan sesuatu tidak kena dengannya ketika dia berusia tiga tahun apabila beratnya mencecah 40kg.

“Kami menemui beberapa doktor tetapi tidak seorangpun dapat memberitah­u masalah yang dihadapiny­a dan kenapa Caden begitu gemuk.

Katanya, seorang doktor di Pretoria akhirnya berjaya mengesan masalah sebenar Caden.

“Caden memang kuat makan. Biasanya dia bersarapan empat keping roti bakar dengan keju sebelum makan baki hidangan malam dan air Coke sejam kemudian.

“Makan tengah hari biasanya dua ketul besar ayam dan dia akan terus makan setiap jam sepanjang hari.”

Doktor yang bimbangkan kesihatan dan nyawanya mengarahka­n Caden menjalani diet menyebabka­n Zola terpaksa mengunci semua kabinet serta peti sejuk tempat makanan disimpan.

Zola mengakui keadaan itu amat sukar untuk mereka sekeluarga, terutama Caden yang tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.

“Kami seolah-olah berperang setiap hari. Saya perlu sentiasa memerhatik­annya, tidak kira siang atau malam.

“Caden begitu sukar bergerak tetapi lebih menyedihka­n lagi dia mengalami kemurungan kerana kehidupann­ya tidak normal.

“Ada kalanya dia menangis dan berkata mahu keluar bermain dengan kanak-kanak lain tetapi memang itu di luar kemampuann­ya,” kata Zola.

 ??  ?? CADEN kini memakai baju bersaiz XL untuk lelaki dewasa. - Daily Mail
CADEN kini memakai baju bersaiz XL untuk lelaki dewasa. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia