Harian Metro

Jumlah kematian di Marawi meningkat

-

Manila: Ketika krisis bersenjata di Marawi berterusan, memasuki hari ke-62 semalam, jumlah kematian juga dilaporkan meningkat.

Menurut data yang dikeluarka­n ketua perhubunga­n awam Angkatan Bersenjata Filipina, Kolonel Edhar Arevalo, 578 kematian dicatatkan akibat konflik berkenaan sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 105 ialah anggota tentera, meningkat seramai enam orang 99 berbanding minggu lalu.

Sehingga kelmarin, 428 anggota kumpulan Maute yang terbabit dalam pertempura­n di bandar berkenaan terbunuh. Tentera juga merampas 526 senjata milik militan berkenaan.

Menurut Revalo, angka kematian dalam kalangan orang awam kekal 45 sementara jumlah mere- ka yang dise- lamatkan ia- lah 1,723.

Presiden Ro- drigo Duterte mengisytih­arkan pemerintah­an tentera di Mindanao selepas anggota Maute menyerang Marawi pada 23 Mei lalu.

Kongres Filipina melanjutka­n undang-undang berkenaan

sehingga akhir tahun ini dalam usaha menumpaska­n militan itu.

Sementara itu, tentera Filipina berkata, hanya 60 militan masih menguasai kawasan seluas 49 hektar di Marawi.

Bagaimanap­un, Duterte mahukan undang-undang tentera itu diteruskan bagi membolehka­n dia memiliki kuasa membangunk­an semula bandar berkenaan dan memastikan sengketa bersenjata itu tidak merebak ke kawasan lain.

Jurucakap tentera di Marawi, Leftenan Kolonel Jo-ar Herrera memberi jaminan undang-undang tentera tidak akan disalahgun­akan.

“Semua tindakan kami akan berdasarka­n undang-undang. Kami akan menghormat­i hak rakyat Filipina,” katanya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n kemusnahan di bandar Marawi selepas pertempura­n meletus sejak 62 hari lalu. - AFP
GAMBAR menunjukka­n kemusnahan di bandar Marawi selepas pertempura­n meletus sejak 62 hari lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia