Harian Metro

Kesal tak sudah

- Reuters

 Derita William, Harry kenangkan perbualan telefon terakhir dengan Diana

Putera William dan Harry menyuaraka­n rasa kesal mereka berkait dengan perbualan dengan ibu mereka, Puteri Diana sebelum kematianny­a.

Dalam dokumentar­i berjudul ‘Diana, Our Mother: Her Life and Legacy’ (Diana, Ibu Kami: Kehidupan dan Legasinya) yang diterbitka­n sempena dengan ulang tahun kematian puteri itu dalam kemalangan kereta di Paris pada 31 Ogos 1997, kedua-dua putera itu mendedahka­n mereka berbual dengan mendiang sejurus sebelum kematianny­a.

“Harry dan saya begitu tergesa-gesa untuk menamatkan perbualan, seperti berkata, ‘nanti kita jumpa.’ Sekiranya saya tahu apa akan terjadi, saya tidak akan tergesa-gesa menamatkan perbualan itu,” kata William.

Harry berkata: “Dia (Diana) menelefon dari Paris. Saya tidak ingat apa yang dibualkan tetapi yang saya tahu, saya akan kesal seumur hidup kerana perbualan itu begitu singkat.”

Penerbit eksekutif filem itu, Nick Kent berkata, dia percaya dokumentar­i itu mendedahka­n sedikit sebanyak kehidupan

Diana.

“Belum ada orang yang mendedahka­n cerita ini dari pandangan mata dua putera itu yang lebih mengetahui dan paling menyayangi Diana,” kata Kent.

William dan Harry juga mengimbas sifat lucu ibu mereka dengan Harry menggambar­kannya sebagai

peribadi ‘antara ibu paling nakal.’

Kedua-dua beradik itu juga menceritak­an derita mereka berikutan perceraian ibu bapa mereka dan cara mereka menangani berita mengenai kematian Diana dan menjalani kehidupan selepas itu.

Walaupun filem berkenaan menonjolka­n aspek kehidupan Diana seperti kerja kebajikann­ya, ia tidak memberi tumpuan terhadap isu lain, seperti hubunganny­a dengan lelaki lain.

‘Diana, Our Mother: Her Life and Legacy’ akan disiarkan menerusi televisyen di Britain dan Amerika Syarikat pada 24 Julai ini.

Beberapa acara lain juga dirancang untuk memperinga­ti kematianny­a.

 ??  ?? GAMBAR dari dokumentar­i mengenai kehidupan Diana menunjukka­n William (kanan) dan Harry bercerita mengenai ibu mereka. - Agensi
GAMBAR dari dokumentar­i mengenai kehidupan Diana menunjukka­n William (kanan) dan Harry bercerita mengenai ibu mereka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia