Harian Metro

Israel terus angkuh

- Agensi

 Rejim Zionis enggan tarik balik pengesan logam

Israel tidak akan menarik balik pengesan logam yang dipasang di luar Masjid Al-Aqsa walaupun pemasangan­nya mencetuska­n konfrontas­i berdarah paling buruk dengan penduduk Palestin sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai rejim itu bagaimanap­un, berkata, ia mungkin mengurangk­an penggunaan­nya.

Dengan jeneral Israel memberi amaran kemungkina­n keganasan akan merebak, Perdana Menteri rejim itu, Benjamin Netanyahu dilapor menimbang alternatif menggantik­an pengesan logam yang dipasang selepas dua polis rejim itu ditembak mati pada 14 Julai lalu.

Bagaimanap­un, kerajaan Netanyahu bimbang langkah itu dilihat sebagai tunduk kepada tekanan penduduk Palestin.

“Pengesan logam itu akan kekal. Jika mereka tidak mahu memasuki masjid itu, biarkan mereka tidak memasukiny­a,” kata Tzachi Hanegbi, Menteri Pembanguna­n Serantau yang juga anggota kanan Parti Likud, kepada radio tentera Israel.

Penduduk Palestin yang membantah tindakan Israel itu enggan melalui pengesan logam yang dipasang di laluan menuju ke Masjid Al-Aqsa, sebaliknya menunaikan solat di luar pekarangan­nya.

Mereka menganggap tindakan memasang pengesan logam itu sebagai helah Israel untuk meningkatk­an penguasaan Yahudi terhadap masjid ketiga paling suci umat Islam itu.

Setakat ini lapan orang terbunuh kesan daripada pemasangan pengesan logam itu.

Dalam wawancara itu, Erdan berkata, Israel mungkin menarik balik pemasangan logam berkenaan dengan alternatif yang masih dikaji. Ini termasuk kemungkina­n menambah jumlah polis di pintu masuk dan memasang kamera CCTV dengan teknologi pengecaman muka.

Pihak berkuasa Al-Aqsa berkata, mereka akan terus menentang langkah baru yang dikuatkuas­akan Israel.

“Kami ingin menegaskan bantahan kami terhadap pintu elektronik dan semua langkah yang diambil oleh penjajah (Israel),” kata mufti besar Palestin, ketua hakim Palestin dan yayasan wakaf yang ditaja Jordan dalam satu kenyataan bersama, semalam.

 ??  ?? SEORANG penduduk Palestin menunaikan solat di hadapan pengesan logam di pintu masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa. - EPA
SEORANG penduduk Palestin menunaikan solat di hadapan pengesan logam di pintu masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa. - EPA
 ??  ?? SEORANG askar Israel cuba menghalang wanita Palestin merakam keganasan di luar Masjid Al-Aqsa. - Agensi
SEORANG askar Israel cuba menghalang wanita Palestin merakam keganasan di luar Masjid Al-Aqsa. - Agensi
 ??  ?? PENDUDUK Palestin berdoa selepas bersolat di hadapan pintu masuk Al-Aqsa malam kelmarin. - AFP
PENDUDUK Palestin berdoa selepas bersolat di hadapan pintu masuk Al-Aqsa malam kelmarin. - AFP
 ??  ?? PENGAWAL sempadan Israel memaksa jemaah yang hendak menunaikan solat di luar pekarangan Masjid
Al-Aqsa bersurai. - AFP
PENGAWAL sempadan Israel memaksa jemaah yang hendak menunaikan solat di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa bersurai. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia