Harian Metro

RIDZUAN GAGAL PERTAHAN EMAS Najib ucap tahniah buat Ridzuan

- BERNAMA

Atlet paralimpik negara Ridzuan Puzi gagal mempertaha­nkan pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) selepas meraih tangga kedua pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, awal pagi semalam.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu yang muncul juara pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha sekadar memenangi pingat perak dengan catatan masa 12.15 saat bagi menyamai masa terbaiknya dalam perlumbaan akhir yang diadakan di Stadium London di Queen Elizabeth Olympic Park.

Atlet China Yang Yifei,

(gambar)

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, mengucapka­n tahniah kepada atlet paralimpik negara Ridzuan Puzi yang menang pingat perak dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

“Satu lagi kejayaan membanggak­an untuk #Negaraku. Tahniah @pridzuan36 menang pingat perak acara 100m di

 Atlet para negara raih perak dengan menyamai rekod terbaik

yang juga pemenang pingat perak pada Sukan Paralimpik Rio 2016, meraih pingat emas selepas mencatat rekod baru Asia 11.93 saat manakala Rodrigo Parreira da Silva dari Brazil, pemegang pingat gangsa di Rio, sekali lagi mendapat #WorldParaA­thleticsCh­ampionship!,” katanya melalui catatan di Twitter rasmi beliau.

Dalam acara itu, Ridzuan menamatkan cabaran di kedudukan kedua apabila merekodkan 12.15 saat.

Pemenang pingat emas temasya Paralimpik Rio 2016 itu tewas kepada Yang Yifei dari China yang meraih emas 11.93s manakala gangsa milik atlet dari Brazil, Rodrigo Parreira Da Silva, 12.28s. gangsa dengan masa 12.28 saat.

Ridzuan juga mengambil bahagian dalam acara 200m T36 di London tetapi hanya berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat minggu lalu.

Keputusan itu menyaksika­n Malaysia meraih dua pingat emas dan satu perak pada kejohanan itu yang berakhir semalam.

Sebagai rekod, Ziyad Zolkefli meraih pingat emas pertama negara selepas mencatat rekod baru dunia dengan jarak lontaran 17.29 meter dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajar­an) sebelum Abdul Latif Romly menyumbang emas kedua dengan rekod baru kejohanan 7.37 meter dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajar­an).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia