Harian Metro

SEAGF perlu cari pengganti Filipina

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan Filipina menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan SEA 2019 menyaksika­n Persekutua­n Sukan Asia Tenggara (SEAGF) perlu mencari pengganti negara yang berminat untuk menganjurk­an temasya dwitahunan itu dua tahun dari sekarang.

Presiden SEAGF Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, keputusan lebih awal dilakukan oleh Filipina itu agak melegakan pihaknya kerana ia memberi lebih masa kepada badan induk itu untuk mencari alternatif lain.

“Kami belum menerima permohonan secara rasmi dari Filipina tapi kami memahami di sebalik keputusan yang dilakukan itu.

“Satu perkara yang baik kami mempunyai banyak masa untuk mencari negara yang berminat menjadi tuan rumah.

“Kami akan bertanya kepada semua negara anggota adakah mereka berminat untuk melakukann­ya (menjadi tuan rumah),” katanya.

Jelas Tunku Imran, antara al-

(gambar)

ternatif lain adalah cuba menawarkan kepada Vietnam dan Kemboja yang menjadi tuan rumah edisi 2021 dan 2023 untuk menganjurk­an Sukan SEA edisi ke-30.

“Perkara sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. Jadi ia sebahagian daripada proses biasa,” katanya.

Suruhanjay­a Sukan Filipina (PSC) menerusi kenyataan kepada Majlis Olimpik Filipina memberi alasan masalah bajet dan keselamata­n adalah antara punca utama mereka menarik diri daripada menganjurk­an temasya sukan edisi ke-30 itu.

Brunei pada asalnya adalah penganjur untuk temasya itu tetapi menarik diri kerana kekurangan infrastruk­tur sebelum Filipina tampil menggantik­annya.

Namun pergolakan berterusan di Marawi di Pulau Mindanao yang terus gagal mencapai jalan penyelesai­an menyebabka­n negara itu terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri.

 ??  ?? CHUAN Leong (kanan) berpasanga­n dengan Keen Hoo ketika aksi Sukan SEA 2015.
CHUAN Leong (kanan) berpasanga­n dengan Keen Hoo ketika aksi Sukan SEA 2015.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia