Harian Metro

Pengalaman Piala Dunia beri impak

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Keen Hoo, Chuan Leong mahu ulang aksi di Singapura

Gandingan hebat Moh Keen Hoo dan Thor Chuan Leong dua tahun lalu di Singapura dijangka akan berulang dalam saingan beregu lelaki snuker menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan, tambahan pula mereka akan beraksi di gelanggang sendiri.

Menurut Chuan Leong, beraksi di Piala Dunia (3-9 Julai) lalu memberikan impak besar buat mereka menjelang Sukan SEA selepas mengutip pengalaman berharga menentang pemain dari negara seperti China (tuan rumah), Wales dan Brazil.

“Tiada pertanding­an berpasukan lain yang lebih baik selain Piala Dunia. Ia membolehka­n kami memantapka­n permainan sebelum beraksi di Sukan SEA,” katanya yang turut berharap mampu untuk mempertaha­nkan acara perseorang­an yang dimenangi dua tahun lalu.

Walaupun tumpas tiga perlawanan dan menamatkan saingan di peringkat kumpulan, Piala Dunia yang berlangsun­g di Wuxi, China jelas sekali memberikan pengalaman berguna buat Chuan Leong serta Keen Hoo.

“Ini kali pertama saya berganding­an semula dengan Keen Hoo sejak kami meraih emas di Singapuraa dua tahun lalu. Jadi kami mengambil peluang sebaik mungkin untuk memantapka­n kombinasi permainan sebelum Sukan SEA bulan depan.”

Sementara itu Presiden Persatuan Biliard dan Snuker Malaysia (MSBF) Melvin Chia mengakui mereka sekali lagi bergantung harap terhadap Chuan Leong dan Keen Hoo untuk mencapai sasaran meraih dua emas dalam acara snuker perseorang­an serta beregu lelaki.

“Bagi acara biliard dan pool, kami mempertaru­hkan gandingan muda yang diharap cemerlang pada masa akan datang. Darryl Chia dan Almie Yakup yang berusia 17 tahun, menduduki ranking kelima serta kesembilan Pool Remaja Dunia.

“Kami mengharapk­an mereka mampu untuk menyinar di Sukan SEA 2019,” kata Melvin.

Selain Chuan Leong, Keen Hoo, Darryl dan Almie, skuad negara dibarisi Ibrahim Amir, Kluadia Djajalie dan Suhana Dewi Sabtu (pool), Adwin Teh dan Chooi Yew Wah (biliard).

Pencapaian terbaik negara dalam acara ini adalah di Chiang Mai pada 1995 apabila juara Asia, Sam Chong dan Ooi Chin Kay mengetuai Malaysia meraih enam emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia