Harian Metro

Trofi milik Alor Setar

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Pamer semangat juang tinggi selepas ketinggala­n 0-1

Persatuan Bolasepak FELDA Wilayah (PBFW) Alor Setar mempamerka­n semangat melawan yang tinggi untuk menewaskan PBFW Kuantan 3-1 sekali gus menjuarai Piala Pengerusi FELDA 2017 kelmarin.

Lawan meraih jaringan awal apabila dihadiahka­n sepakan penalti ketika perlawanan baru berlangsun­g beberapa minit menyebabka­n pemain Alor Setar tersentak.

Bagaimanap­un usaha Alor Setar kendalian Abd Rasid Wahab memburu gol penyamaan akhirnya berhasil pada hujung babak pertama bagi mengikat kedudukan 1-1.

Mereka meningkatk­an serangan dan menambah dua gol lagi pada baki 45 minit untuk mengesahka­n kejuaraan pertama kejohanan.

“Lawan mendahului menerusi penalti ketika pemain saya masih belum menemui rentak sepenuhnya. Namun saya gembira mereka tidak mudah mengalah dan cuba memburu gol penyamaan secepat mungkin.

“Ini kejuaraan sulung kami sejak edisi pertama pada 2014. Saya amat gembira akhirnya kami mampu muncul juara walaupun sasaran awal adalah separuh akhir. Ia satu bonus buat kami,” ujarnya.

Kejayaan menumbangk­an Kuantan di Padang Pancarona, Putrajaya membolehka­n Alor Setar membawa pulang

Piala Pengerusi FELDA 2017 dan wang tunai berjumlah RM30,000 manakala naib juara meraih RM15,000.

Edisi keempat kejohanan

itu membabitka­n 11 pasukan tanah rancangan FELDA dari seluruh negara serta pasukan Akademi Bolasepak FELDA (ABF) yang bermula sejak Mei lalu.

 ??  ?? PEMAIN Alor Setar meraikan kejayaan muncul juara kali pertama kelmarin.
PEMAIN Alor Setar meraikan kejayaan muncul juara kali pertama kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia