Harian Metro

Tak mahu lepas peluang

- Nor Raidah Awang sukan@hmetro.com.my

 Seramai 8 peserta BRCT cukup teruja harumkan nama pasukan

Bangau Riderz Cycling Team (BRCT) dari Kajang, Selangor turut tidak mahu melepaskan peluang mencabar diri dan mengharumk­an nama pasukan dengan mengambil bahagian pada siri pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Bukit Merah Laketown Resort, di sini Sabtu ini.

Pengerusi BRCT Mohd Fauzi Samingan berkata, kumpulan yang dibentuk berasaskan minat dan sepakat ahli itu ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dan kini bergerak aktif dengan menyertai lebih 20 pertanding­an aktiviti berbasikal lasak sekitar Semenanjun­g.

Menurutnya, bagi HMMTB kali ini pasukannya menghantar lapan pelumba untuk menyertai empat kategori dan semestinya menyasarka­n kedudukan podium bagi semua kategori disertai itu.

“Berbekalka­n latihan yang agak intensif, 140 kilometer hingga 210km dan tarmac (60km-80km off road) membabitka­n kayuhan di laluan Genting Peras Ulu Langat, Bukit Fraser, Genting Sempah dan kawasan sekitar Selangor sejak dari awal tahun kami yakin dengan kemampuan pelumba untuk meraih podium di Bukit Merah nanti.

“Alhamdulil­ah, berkat semangat yang diberikan pa- sukan BRCT pernah beberapa kali meraih podium dengan yang terbaru di Kota Raja, Klang baru-baru ini,” katanya.

Ahli pasukan Ahmad Afiq Afandi Anuarrudin

15, yang menyertai kategori remaja lelaki berkata, semangat

(gambar),

dan sokongan diberikan keluarga membuatkan dia yakin untuk bangkit beraksi dalam pertanding­an itu.

“Ayah (Anuarrudin Arshad), menjadi penyuntik semangat saya untuk terus meminati sukan lasak ini. Dulu ayah seorang yang aktif dalam sukan berbasikal, namun kini tidak lagi kerana ayah diserang strok.

“Saya berterima kasih kepada BRCT kerana memberi peluang dan tunjuk ajar dalam menyertai pertanding­an seperti ini,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sabar untuk menyertai HMMTB yang pastinya mencabar dan mendapat saingan hebat dari peserta lain.

 ??  ?? PELUMBA BRCT gigih menjalani sesi latihan setiap minggu untuk menyertai siri pertama HMMTB 2017, hujung minggu ini.
PELUMBA BRCT gigih menjalani sesi latihan setiap minggu untuk menyertai siri pertama HMMTB 2017, hujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia