Harian Metro

Hilmi jadi sandaran MBCC

- Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my

Ipoh: Mixed Bike Cycling Club (MBCC) meletakkan sandaran kepada pelumba berpengala­mannya Hilmi Mohammad, 61, yang akan bersaing dalam kategori Lelaki Senior Master pada Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) siri pertama di Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR), hujung minggu ini.

Hilmi pernah mencipta kejutan dalam beberapa kejohanan basikal lasak yang disertai termasuk terbaru menduduki tempat kelima ketika menyertai perlumbaan di Johor Bahru awal tahun ini.

Jurucakap pasukan MBCC, Hairul Azrie Abd Aziz berkata, Hilmi seorang pelumba berpengala­man yang menyertai pelbagai kejohanan lumba basikal lasak dan mempunyai daya ketahanan tinggi.

“Boleh dikatakan beberapa kejohanan yang disertai tidak menghampak­an apabila sering menduduki tempat di antara peserta terbaik. Ia termasuk menduduki podium sebanyak empat kali ketika menyertai pertanding­an di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Hairul Azrie yang turut mengambil bahagian dalam Terbuka Lelaki berkata, pelumba pasukannya sering menyertai kejohanan yang dianjurkan Harian Metro sebelum ini begitupun bagi pelumbaan di Bukit Merah pihaknya hanya menyenarai­kan dua pelumba memandangk­an ada di antara pelumba menyertai kejohanan lain dan mempunyai komitmen masing-masing.

Sebagai persediaan mereka menjalani latihan lebih 30 kilometer setiap hari membabitka­n laluan sekitar Lendu yang membabitka­n 80 peratus laluan ‘offroad’, katanya.

 ??  ?? HILMI (depan kiri) bergambar bersama pasukan MBCC yang akan menyahut cabaran HMMTB di Bukit Merah.
HILMI (depan kiri) bergambar bersama pasukan MBCC yang akan menyahut cabaran HMMTB di Bukit Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia