Harian Metro

TSSI berlatih empat kali seminggu sejauh 40km

- Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

Ipoh: Belumpun siri pertama Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2017 bermula, pasukan Trek Sawit Seri Iskandar (TSSI sudah merancang untuk beraksi dalam siri ketiga di Selangor.

Jurucakap merangkap penyelaras pasukan Kapten (B)

gambar)

Raja Ahmad Sham Raja Abd Raoh, 51, berkata bagi saingan di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini Sabtu ini pasukannya menyasarka­n 10 tempat teratas.

Menurutnya, sasaran itu ditetapkan berdasarka­n keupayaan dua pelumba iaitu Badlishah Zawawi dan Zulkarnain Redzwan mendapat tempat ketiga dan ketujuh pada Jamboree Negeri Sembilan Nature, 14 Julai lalu.

“Tumpuan kami adalah dalam kategori terbuka yang mana Badlishah dan Zulkarnain menjadi sandaran.

“Apapun kecuali dua peserta itu yang lain terdiri daripada penunggang muda yang mahu menimba ilmu dan pengalaman.

“TSSI juga bercadang mengambil bahagian di sirkit ketiga iaitu di Sungai Buaya, Selangor selepas ini,” katanya.

Raja Ahmad Sham berkata, TSSI keseluruha­nnya mempunyai keahlian seramai 25 orang dan di Bukit Merah menghantar lapan pelumba yang akan menyertai kategori terbuka.

Sebagai persiapan, pasukan itu menjalani latihan empat kali seminggu termasuk ‘off road’ dan ‘on road’ sekurang-kurangnya 40 kilometer selain mendaki Bukit Kledang di Ipoh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia