Harian Metro

Spurs bergaya benam PSG

-

Orlando, AS: Jaringan penalti lewat perlawanan Harry Kane membantu Tottenham Hotspur memulakan kempen pramusim dengan bergaya ketika juara Perancis, Paris St Germain kecundang di Orlando.

PSG beraksi dengan 10 pemain beberapa saat pada separuh masa kedua apabila penjaga gol Jerman Kevin Trapp, yang beraksi kurang cemerlang pada 45 minit pertama dibuang padang kerana menyentuh bola di luar kawasan penalti.

Biarpun skuad Unai Emery sukar dipatahkan, jaringan lewat permainan daripada pertahanan Belgium Toby Alderweire­ld dan Kane, masing-masing sebagai pemain gantian memastikan kemenangan 4-2 di depan 33,332 peminat di Stadium Camping World.

Aksi pramusim masih terlalu awal namun ia sudah cukup untuk membuktika­n kelab London itu mampu mencabar Liga Perdana Inggeris.

Kedua-dua pasukan itu tiba di Camping World dengan ketidakpas­tian mengenai urusan perpindaha­n musim panas ini.

Juara Perancis itu sudah bersedia mendapatka­n Neymar dari Barcelona dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion) malah turut yakin mampu membawa masuk pemain Arsenal Alexis Sanchez.

Emery tidak memberikan sebarang bayangan apabila ditanya mengenai potensi perpindaha­n.

“Kami sentiasa mencari pemain yang boleh membantu pasukan,” katanya.

“Kini bagi kami perkara paling penting adalah memberi tumpuan terhadap perlawanan akan datang,” kata jurulatih itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia