Harian Metro

Dempsey julang AS

- AFP

 Zidane yakin tonggak Portugal itu kekal di Bernabeu dua atau tiga tahun lagi

Cristiano Ronaldo akan kekal sebagai pemain Real Madrid selama dua atau tiga tahun lagi, menurut jurulatih Zinedine Zidane semalam, menafikan kemungkina­n bintang handalan Bernabeu itu akan berpindah ke Manchester United.

Menjelang aksi Real menentang United pada aksi persahabat­an pramusim di Santa Clara, California, Zidane bercakap di Los Angeles mengenai penyerang Portugal berusia 32 tahun itu yang kini sedang bercuti.

“Banyak spekulasi tersebar mengenai Cristiano yang dikatakan mahu berpindah,” kata Zidane.

“Saya hanya percaya pada satu perkara, setiap kali saya bercakap dengannya, dia begitu tenang.

“Dia sedang bercuti dan akan kembali bersama kami 5 Ogos ini. Saya mendengar sama seperti orang lain tapi satu perkara yang saya pasti adalah apa yang mahu dilakukann­ya bersama Real Madrid. East Rutherford, AS: Neymar memberikan peringatan buat peminat Barcelona jika kehilangan pemain itu semalam apabila menjaringk­an dua gol ketika kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Juventus 2-1 dalam aksi persahabat­an pramusim.

Bintang Brazil berusia 25 tahun itu dihimpit spekulasi yang mengaitkan­nya dengan perpindaha­n bernilai rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 juta) ke Paris Saint-Germain.

Neymar kemudian membuat peminatnya berteka-teki mengenai masa depannya apabila memuat naik gambarnya kelihatan termenung di Instagram kelmarin.

Namun tidak kelihatan langsung tanda penyerang berkarisma itu dibayangi isu perpindaha­n itu apabila mempamerka­n aksi menakjubka­n di depan 82,104 penonton di Stadium MetLife, New Jersey.

Kelab Itali itu menyalahka­n peluang yang disia-siakan Mario Mandzukic apabila Neymar meletak kelab Catalunya itu di depan, beraksi lincah dengan gandingan bersama Paco Alcacer sebelum merembat melepasi Gianluigi Buffon.

Sembilan minit kemudian Neymar menjaringk­an gol kedua, berjaya melepasi pertahanan Juventus sebelum sekali lagi melakukan rembatan melepasi Buffon.

Juventus turut membuat pertukaran dengan memasukkan Paulo Dybala, Gonzalo Higuain dan Douglas Costa.

Pertukaran itu segera memberi aksi serangan lebih jitu buat Juve dan Dybala segera menguji keupayaan Adria Ortola dengan rembatan keras pada minit ke-62.

Giorgio Chiellini kemudianny­a menanduk hantaran Dybala untuk menjadikan kedudukan 2-1. - AFP

Angeles: Jaringan bersejarah Clint Dempsey memastikan kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica semalam pada separuh akhir Piala Emas Concacaf di Dallas, Texas.

Costa Rica terus menguji juara lima kali Amerika Syarikat sebelum Jozy Altidore memecah kebuntuan pada minit ke-72 hasil umpanan Dempsey.

Dempsey yang menggantik­an Paul Arriola pada minit ke-66 dan segera mencetus impak berjaya merobek pertahanan lawan dan melakukan hantaran kepada Altidore yang menewaskan penjaga gol Costa Rica Patrick Pemberton menerusi rembatan kaki kiri.

Sepuluh minit kemudian Dempsey, 34, berjaya melakukan sepakan percuma yang cantik melepasi Pemberton untuk gol ke-57 antarabang­sanya, berkongsi kedudukan dengan Landon Donovan sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan lelaki AS.

Dempsey menyamai rekod itu pada penampilan ke-136 untuk pasukan senior, 17 perlawanan lebih awal berbanding Donovan untuk menjaringk­an jumlah gol sama.

Jaringan pertamanya buat skuad AS adalah pada 2005 apabila bekas pemain Fulham itu menjaringk­an gol pada aksi persahabat­an menentang England. Dia turut menjaringk­an gol dalam tiga edisi Piala Dunia dan lima Piala Emas. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? NEYMAR (kanan) jaring dua gol buat Barcelona.
NEYMAR (kanan) jaring dua gol buat Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia