Harian Metro

Kerja keras bawa hasil

-

Bangkok: Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) terpaksa mengerah keringat sebelum menundukka­n Mongolia B-22 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan H kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Nasional Supachalas­ai, semalam.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee terpaksa menunggu aksi 45 minit kedua untuk merobek gawang Mongolia yang beraksi dengan 10 pemain selepas layangan kad merah kepada Uuganbat Bat-Erdene pada minit ke-56.

Masalah kecederaan dan kecergasan pemain memaksa Kim Swee melakukan rombakan dengan menurunkan lima pemain baru yang tidak beraksi ketika tewas 0-3 di tangan Thailand kelmarin.

Namun perubahan itu tidak memberi kesan kepada permainan skuad muda negara yang lebih tertekan pada babak pertama.

Dua percubaan berbahaya Mongolia menerusi Bilguun Damdindorj pada minit ke-27 dan Gal-Erdene Soyol-Erdene (m-31) berjaya mencemaska­n gawang Malaysia yang dikawal Amierul Hakimi Awang.

Satu-satunya percubaan terbaik dicipta Malaysia pada babak pertama hadir di minit ke-22 bagaimanap­un rembatan N Thanabalan dalam kotak penalti melambung tinggi.

Kim Swee terpaksa melakukan dua pertukaran awal dengan mengeluark­an Nur Shamie Iszuan dan Fauzan Fauzi serentak untuk memasukkan Syahmi Safari dan Syafiq Ahmad pada minit ke-37 bagi mengimbang­i asakan pasukan lawan kendalian Hans Weiss.

Kedudukan berubah pada babak kedua apabila hantaran lintang

Danial Ashraf Abdullah dalam kotak penalti berjaya disempurna­kan oleh Thanabalan pada minit ke-51.

Mongolia yang berada di tangga tercorot kumpulan apabila hanya mengumpul satu mata ketika seri 1-1 dengan Thailand semakin tertekan selepas Bat-Erdene menerima kad kuning kedua pada minit ke-56 kerana mengasari Akhyar Rashid.

Malaysia menamatkan sisa perjuangan Mongolia selepas rembatan deras Syazwan Andik menggegar gawang pada minit ke-86.

Kemenangan itu serta keputusan seri 0-0 antara Thailand dengan Indonesia pada perlawanan lewat membantu pasukan negara layak ke pusingan akhir buat julung kali tahun depan.

 ??  ?? THANABALAN (kiri) ledak gol pertama negara.
cuba AKHYAR (tengah) melepasi pemain Mongolia.
THANABALAN (kiri) ledak gol pertama negara. cuba AKHYAR (tengah) melepasi pemain Mongolia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia