Harian Metro

Tonik terbaik Sukan SEA

-

Penyerang muda negara Akhyar Rashid percaya kejayaan skuad bawah 22 tahun negara (B-22) mencipta sejarah layak buat kali pertama ke pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan sebagai tonik terbaik sebelum mengharung­i Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Dengan pelbagai kesukaran yang dihadapi dalam mempersiap­kan pasukan ke Bangkok, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih slot automatik selaku juara Kumpulan H selepas menewaskan Mongolia 2-0 dalam aksi petang semalam dengan pencabar utama Thailand sekadar seri 0-0 menentang Indonesia.

Tiga mata itu membolehka­n Malaysia mengumpul enam mata manakala Thailand lima mata, Indonesia empat mata dan Mongolia satu mata.

Akhyar, 18, pemain paling muda dalam pasukan negara dan dipanggil pada saat akhir oleh Kim Swee selepas enam pemain tidak men- dapat pelepasan menjadi tonggak kejayaan dalam aksi terakhir itu.

“Syukur Alhamdulil­ah kami berjaya menewaskan Mongolia dan layak ke pusingan akhir di China tahun depan.

“Saya gembira kerana ini tugasan pertama saya bersama skuad negara dan berjaya mencipta sejarah,” katanya semalam.

Akhyar, adik kepada bekas pemain kebangsaan

Rafdi Rashid diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasa­n utama selepas

Malaysia menang

3-0 dengan Indonesia dan kalah 0-3 di tangan tuan rumah sebelum ini.

Pemain lincah Kedah itu kerap mengucar-ngacirkan pasukan lawan apabila berganding­an bersama N Thanabalan yang meledak gol pertama di minit ke-51 manakala Syazwan Andik (m-86).

“Ia perlawanan sukar buat kami kerana Mongolia tetap memberi tentangan walaupun beraksi dengan 10 pemain (Uuganbat Bat-Erdene kad merah m-56). Kejayaan ini pasti beri semangat kepada pemain pada Sukan SEA bulan depan dan kami kena lebih bersedia,” katanya.

 Kejayaan skuad B-22 layak ke China pemangkin semangat buru ibu segala emas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia