Harian Metro

Trofi makin hampir!

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais tanpa berselindu­ng mengaku pasukan bimbingann­ya kini sudah berada sebelah kaki untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Super musim ini.

Malah Morais turut percaya jika pasukannya berjaya mengekalka­n prestasi cemerlang, pasukannya mampu menjulang trofi liga itu lebih awal untuk mencatat rekod empat kejuaraan liga berturut-turut sejak 2014.

“Kami kini mendahului 11 mata berbanding pencabar terdekat Kedah, boleh dikatakan sudah sebelah kaki buat Johor DT untuk mengekalka­n kejuaraan Liga Super yang dimenangi sejak tiga tahun lalu.

“Dengan baki lima perlawanan lagi untuk ditamatkan dalam saingan Liga Super, kejuaraan semakin hampir dalam tangan kami untuk mengulangi pencapaian lalu,” kata Morais yang gembira apabila skuad kendaliann­ya

bar)

(gam-

meraih lima kemenangan berturut-turut dalam saingan liga setakat ini.

Malam kelmarin, skuad Harimau Selatan yang menurunkan kesebelasa­n utamanya semakin membara apabila mudah membenam cabaran T-Team 6-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Morais yang menggalas tanggungja­wab mengemudi Johor DT bermula pusingan kedua Liga

Super bulan lalu menyifatka­n pasukannya mempunyai mentaliti sebagai juara sambil kagum dengan pengurusan, kejurulati­han, pemain dan kelab penyokongn­ya.

Dalam aksi itu penyerang kelahiran Argentina, Gabriel Guerra mencetak dua gol diikuti satu gol masing-masing melalui Mohammed Ghaddar, Gonzalo Cabrera, Fadhli Shas dan S Kunanlan manakala gol T-Team dihasilkan Joseph Yannick Ndjeng.

Bagaimanap­un Morais yang tidak menyangka pasukannya mampu meledak jaringan besar mengingatk­an anak buahnya supaya tidak leka kerana masih ada baki perlawanan sebelum ditabal sebagai juara.

“Kami bertandang ke Kuala Terengganu hanya dengan misi untuk mengutip tiga mata dan mendahului tiga gol pada babak pertama dan berjaya menambah tiga gol lagi pada babak kedua.

“Walaupun ia bukan matlamat awal kami, kemenangan besar ini bagus buat pemain bagi meningkatk­an moral dan mereka memang berhak untuk menang,” jelas Morais.

 Morais yakin Johor DT mampu pertahan kejuaraan

 ??  ?? PENYERANG Johor DT Ghaddar (kanan) melakukan percubaan ke gawang Titans.
PENYERANG Johor DT Ghaddar (kanan) melakukan percubaan ke gawang Titans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia