Harian Metro

Sam sabar menunggu

- DARI MUKA 1

Janji berikan persembaha­n berkualiti

demi Polis Evo 2

“Disebabkan itu saya terpaksa menolak beberapa tawaran lain. Bukan apa, saya memang sudah tetapkan untuk terbabit dalam filem itu. Saya tak mahu mensia-siakan peluang itu.

“Meskipun penggambar­an filem itu ditunda beberapa kali, saya masih sabar menunggu. Selagi pihak produksi boleh bayar dan keinginan untuk menjayakan filem itu masih ada, saya okey,” katanya.

Sam berkata, dia masih teruja menjayakan filem itu kerana jalan cerita PO 2 berbeza daripada yang pertama. Ditambah pula kos pembikinan filem itu lebih besar menjadikan ia antara filem tempatan yang ditunggu-tunggu.

“Tak kisah penggambar­an lambat kerana saya masih teruja nak melakukann­ya. Apa saya boleh katakan PO 2 lain daripada yang pertama. Paling penting jenama PO ini sudah ada, jadi pihak produksi inginkan yang terbaik.

“Sebagai pelakon saya akan memberikan lakonan terbaik. Sudah pasti jangkaan dan harapan peminat untuk PO 2 adalah tinggi. Oleh itu, banyak perkara perlu diambil kira dan tiada istilah asal buat saja. Saya mahu berikan persembaha­n yang berkualiti,” katanya.

Alasan lain Sam menolak tawaran yang datang kerana mahu meluangkan masa bersama isteri, Syatilla Melvin yang ketika itu sarat mengandung.

“Aturan Allah SWT itu sentiasa tepat. Kebetulan kami diberikan rezeki apabila isteri disahkan hamil. Sebagai bakal ibu bapa baru, banyak perkara perlu dijaga apatah lagi ia kehamilan pertama.

“Alhamdulil­lah selepas isteri selamat bersalin, kami nak fokus menjaga dan menguruska­n anak sendiri. Bayangkan kalau saya berlakon, memang susah nak meluangkan masa dengan anak.

Jadi selama beberapa bulan ini banyaklah masa bersama mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai anak lelaki mereka yang diberi nama Syerivsamh­eizy, Sam berkata anaknya tidak banyak ragam dan mudah diurus.

“Alhamdulil­lah, sukar untuk saya luahkan dengan kata-kata perasaan menjadi seorang bapa. Seronok dan pada masa sama bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah SWT kepada keluarga saya.

“Syeriv seorang anak yang baik dan tidak banyak ragam. Dia hanya menangis jika nak susu. Mudah untuk menjaganya dan saya sendiri terkejut kerana cukup susah untuk mendengar suaranya.

“Sejujurnya, saya dan isteri obses dengan anak sendiri, agaknya itulah perasaan setiap ibu bapa. Baru saya tahu pengorbana­n ibu bapa selepas memiliki anak. Ia membuatkan saya lebih menghargai mereka kerana bukan mudah untuk besarkan anak,” katanya.

Khas buat tatapan umum, Sam juga mewujudkan akaun Istagram anaknya iaitu @syerivsamh­eizy apabila dia dan isteri ingin berkongsi kebahagiaa­n bersama peminat.

Sehingga kini akaun itu sudah diikuti lebih 87,000 pengikut.

“Bagi saya, Instagram itu adalah medan untuk berkongsi kebahagiaa­n bersama peminat.

Pada masa sama ia boleh menjadi kenangan buat saya dan isteri melihat perkembang­an anak,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Apa saya boleh katakan PO 2 lain daripada yang pertama. Paling penting jenama PO ini sudah ada, jadi pihak produksi inginkan yang terbaik
Apa saya boleh katakan PO 2 lain daripada yang pertama. Paling penting jenama PO ini sudah ada, jadi pihak produksi inginkan yang terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia