Harian Metro

Lebih terbuka tapi ada had

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Yusry dan Lisa belum bercadang wujudkan akaun Instagram untuk 2 anak mereka

Jika sebelum ini pasangan Yusry Abdul Halim dan

Lisa Surihani kurang mendedahka­n dan berkongsi mengenai anak mereka dengan peminat, namun kini pasangan itu semakin bersifat terbuka tetapi masih ada hadnya.

Menerusi program eBu babypedia yang sudah masuk musim kedua,

Yusry dan Lisa berkongsi pengalaman membesarka­n anak sulung mereka, Yahaira Leanne dan pada masa sama, Lisa hamil anak kedua mereka, Yusof Leonne.

“Kami lebih terbuka berbanding sebelum ini, namun bukanlah bererti terlalu mendedahka­n anak. Dalam program eBu babypedia, kami sendiri menggalas tanggungja­wab sebagai pengacara.

“Apa yang disiarkan dalam program itu berlaku secara semula jadi untuk Yahaira dan dia tidak perlu dipaksa kerana sudah biasa dengan kamera,” kata

Yusry.

Ditanya sama ada mereka akan menerima tawaran sekiranya ada jenama yang ingin menjadikan Yahaira atau Yusof sebagai duta, mereka ada jawapannya.

“Banyak yang perlu kami pertimbang­kan. Kami tidak boleh berkata ya atau tidak kerana kita sendiri tak tahu apa akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Lisa pula ketika ditanya mengenai akaun Instagram untuk anaknya seperti yang dilakukan oleh ramai selebriti, dia punya pendirian sendiri.

“Kami tak nafikan ramai selebriti yang membuka akaun Instagram untuk anak dan itu adalah hak masing-masing. Untuk Yahaira dan Yusof, buat masa sekarang kami belum bercadang mewujudkan akaun Instagram,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai program eBu babypedia yang akan mula bersiaran pada 26 Julai ini di Astro Ria dan Ria HD, pasangan ini mengakui gembira dengan hasilnya.

“Respons yang kami terima pada musim pertama sangat baik lebih-lebih lagi kerana banyak perkara yang dilakukan di luar daripada kebiasaan. Untuk musim kedua, kami berbalik kepada perkara asas untuk pasangan yang menantikan kehadiran cahaya mata. Banyak perkara baru yang saya dan Yusry pelajari dalam musim baru ini,” kata Lisa.

Lisa turut berkongsi cabaran baru buat dirinya apabila perlu mengacara dan pada masa sama menjalanka­n tugas sebagai ibu.

“Pada musim pertama, hanya kami berdua tetapi untuk musim kedua ini turut dimeriahka­n dengan kehadiran Yahaira dan itulah yang menjadi cabaran apabila perlu mengacara serta menjadi ibu.

“Namun, musim ini lebih selesa mungkin kerana kebanyakan penggambar­an dilakukan di rumah dan saya menjadi diri sendiri,” katanya.

Yusry dan Lisa juga berterima kasih kepada produksi yang sentiasa memahami keperluan mereka dalam menyelesai­kan tugasan penggambar­an.

“Daripada pengarah sehinggala­h kru terbabit, semuanya memahami. Dari segi jadual dan perjalanan penggambar­an, semuanya tersusun dan berjalan lancar,” kata Yusry.

 ??  ?? YUSRY dan Lisa bersama Yahaira serta Yusof.
YUSRY dan Lisa bersama Yahaira serta Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia