Harian Metro

TERDETIK RASA TAK PERCAYA

-

Peluang demi peluang hadir beri kesan positif kepada Haiza

DARI MUKA 1

“Dalam apa saja pekerjaan perlu ikhlas dan perkara itu yang saya amalkan sejak. Orang tak tahu saya bekerja keras untuk ‘periuk nasi’ keluarga. Semua pekerjaan saya cuba termasuk mengacara.

“Saya sendiri tidak pernah mengejar kontrovers­i semata-mata untuk menaikkan nama. Jadi apa yang berlaku sepanjang bergelar artis hanyalah usaha dan kerja keras, hasilnya baru dinikmati hari ini,” katanya.

Haiza berkata, apabila satu demi satu pencapaian dimiliki selepas dihulurkan peluang kedua, dia terus mencuri perhatian dan mengukuhka­n namanya sehingga diberi kepercayaa­n menjadi penyampai utama di stesen Kool FM.

Katanya, dia bersyukur yang tidak terhingga apabila peluang demi peluang muncul dalam industri seni memberikan kelebihan besar dan kesan positif kepadanya.

“Saya kadang macam tak percaya dengan pencapaian sekarang. Namun jauh di sudut hati, saya berbangga dan gembira dengan semua pemberian daripada Allah SWT,” katanya.

Tidak lupa nyanyian

Dalam pada itu,

Haiza tidak menganggap kesibukan bertugas di konti membuatkan dia lupa terus bidang nyanyian.

Haiza beritahu, selepas single duet bersama Aepul berjudul Jangan Pernah Berdusta diterbitka­n beberapa bulan lalu, dia kini dalam perancanga­n mengeluark­an single solo

Saya kadang macam tak percaya dengan pencapaian sekarang. Namun jauh di sudut hati, saya berbangga dan gembira dengan semua pemberian daripada Allah SWT

haiza

dan duet tahun ini.

Ditanya apakah kekuatan dimiliki Aepul sehingga membuatkan Haiza merancang untuk single kedua bersamanya, Haiza nyata mempunyai alasan tersendiri.

“Dia punya kepakaran dalam susunan muzik. Jadi saya tak perlu risau apabila berganding­an dengannya. Dia tahu jenis muzik yang sesuai. Jadi, mudah apabila mahu bekerjasam­a,” katanya.

Peminat

Beralih mengenai kelab peminat, Haiza Troopers yang sentiasa bersiap sedia membantu melonjakka­n kerjaya seninya, Haiza mengaku bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang dianggap luar biasa dan sanggup berhabis untuknya.

“Mereka selalu bersama saya dan berusaha untuk memastikan sebaris dengan artis ‘bernama besar’ dalam industri seni kita. Sebagai contoh, apabila membabitka­n undian, mereka akan sehabis mungkin mengundi bagi memastikan saya bersaing sama,” katanya yang mengakui tak mampu membalas jasa peminatnya.

Rumah terbuka

Bercerita sambutan Rumah Terbuka Haiza Hanafi di Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur, kelmarin, Haiza ternyata gembira apabila ramai kenalan dari rakan artis, teman rapat, rakan media dan peminat hadir, yang semuanya hampir 500 orang.

“Saya harap amalan ini dapat dilakukan setiap tahun kerana ada kenalan yang tidak sempat berjumpa kerana terikat dengan komitmen kerja namun dapat bertemu pada majlis rumah terbuka itu,” katanya.

 ??  ?? FOTO: H2PIX.CO
(INSTAGRAM: @H2PIX.CO TERIMA KASIH MICKEY)
LOKASI: PARK ROYAL KL (TERIMA KASIH KETUA KOMUNIKASI DAN PEMASARAN, WARREN FERNANDEZ)
PAKAIAN: SETH & LUNA DAN AZMA CREATION
FOTO: H2PIX.CO (INSTAGRAM: @H2PIX.CO TERIMA KASIH MICKEY) LOKASI: PARK ROYAL KL (TERIMA KASIH KETUA KOMUNIKASI DAN PEMASARAN, WARREN FERNANDEZ) PAKAIAN: SETH & LUNA DAN AZMA CREATION
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia