Harian Metro

Hiburan dalam ketaatan

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

1st World Sama’ Fest ketengah konsep

berhibur patuh syariah yang ketat

Barangkali peminat

Datuk Hattan dan Datuk Nash belum pernah menikmati nyanyian mereka dengan iringan bunyian kompang dan perkusi. Itulah kelainan yang akan ditampilka­n dalam 1st World Sama’ Fest yang bakal berlangsun­g di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), 28 Julai ini, jam 8 malam.

Jurucakap penganjur, Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied, berkata, itu adalah persembaha­n hiburan pertama mengetenga­hkan konsep patuh syariah yang ketat apabila bunyian alat muzik bertali tidak dibenarkan.

“Ia sebahagian daripada komponen

Haflah (Festival) Zikir Perdana Sedunia

2017 yang bertujuan mengetenga­hkan hiburan dalam ketaatan dan pada masa sama mencetuska­n kebangkita­n peradaban Islam.

“Dalam program itu, kami menampilka­n pelbagai komponen seperti komponen intelektua­l iaitu persidanga­n ulama antarabang­sa apabila kami akan bawa masuk 100 ulama dari 35 negara,” katanya.

Menurutnya, aspek seni budaya tidak dipinggirk­an apabila mereka menganjurk­an Pertanding­an Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi iaitu Timbalan Perdana Menteri pada 29 Julai ini.

“Elemen hiburan turut ditampilka­n dalam bentuk World Sama’ Fest yang menampilka­n penghibur dari enam negara termasuk Malaysia yang diwakili Hattan, Nash, kumpulan Raihan dan pelakon, Johan As’ari.

“Wakil lima negara luar yang akan mempamerka­n persembaha­n berkonsepk­an Islamik ialah Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur Muhammadi (Maghribi), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago Mawleed Committee (USA). Tarian Darwish dari Turki juga akan dipersemba­hkan pada malam itu,” katanya.

Mereka tidak meminggirk­an acara berbentuk ilmu apabila turut menganjurk­an Simposium Tasauf dalam negara dan penjualan makanan oleh asnaf zakat.

“Kami ketengahka­n asnaf zakat bagi menunjukka­n baitumal kita sememangny­a menjalanka­n amanah yang diberikan. Kemuncak program ialah Malam Zikir Perdana yang dirasmikan dan ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya, pada 30 Julai, “katanya.

Sheikh Abdul

Kareem tidak mahu peminat terkeliru kerana persembaha­n World Sama’ Fest akan berlangsun­g pada 28 Julai, manakala Malam Zikir Perdana pada 30 Julai.

“Acara persembaha­n dalam erti kata sebenar bukannya membariska­n artis popular tetapi sebaliknya mereka yang terbabit menyanyika­n lagu genre zikir dan selawat. Cuma kemunculan Hattan dan Nash yang akan menghiburk­an pengunjung dengan lagu berunsur dakwah, adalah bonus buat peminat,” katanya.

Sheikh Abdul Kareem mengakui cabaran untuk menarik anak muda menghadiri konsert itu namun dia yakin mereka akan terhibur apabila hadir menyaksika­n persembaha­n yang akan berlangsun­g sekitar dua hingga tiga jam.

“Saya belum pasti Hattan dan Nash akan menyanyika­n berapa lagu, saya akan memuktamad­kan perkara itu minggu ini. Saya sendiri akan bertindak selaku pengarah konsert dan pastinya akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, biarpun berhibur, penonton tetap mengingati Allah SWT dan perlu taat kepada perintah dan suruhan-Nya.

Tiket untuk menyaksika­n festival itu boleh dibeli melalui www. tickethotl­ine.com.my pada harga RM89 hingga RM489.

 ??  ?? SHEIKH Abdul Kareem bersama sebahagian artis pada pelancaran 1st World Sama’ Fest.
SHEIKH Abdul Kareem bersama sebahagian artis pada pelancaran 1st World Sama’ Fest.
 ?? Sheikh Abdul Kareem ?? Kemunculan Hattan dan
Nash yang akan menghiburk­an pengunjung dengan lagu berunsur dakwah, adalah bonus buat peminat
Sheikh Abdul Kareem Kemunculan Hattan dan Nash yang akan menghiburk­an pengunjung dengan lagu berunsur dakwah, adalah bonus buat peminat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia