Harian Metro

Paparan kisah amat menyentuh jiwa

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dinobatkan Filem Bahasa Asing Terbaik di Oscar 2017, sebuah karya dari Iran arahan dan tulisan Asghar Farhadi, The Salesman bakal ditayangka­n di pawagam bermula 27 Julai ini.

Dibintangi Taraneh Alidoosti dan Shahab Hosseini, karya itu merungkai kisah suami isteri yang penuh ketegangan apabila satu insiden menimpa Rana (lakonan Taraneh). Ia bukanlah cerita rumah tangga biasa apabila terlalu banyak pergolakan berlaku dalam hidup mereka dalam tempoh singkat. Sekali gus, ia hampir menggugat kepercayaa­n wanita itu terhadap suaminya, Emad (Shahab).

Istimewany­a karya itu, ia diselitkan pementasan tester Death of a Salesman karya Arthur Miller. Pasangan itu menjadi watak utama naskhah berkenaan.

Semuanya bermula apabila pada suatu malam, Rana berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila seorang lelaki tidak dikenali masuk ke rumah mereka ketika dia bersendiri­an.

Emad hanya mengetahui keadaan sebenar isterinya sebaik saja dia tiba di hospital apabila tidak menjumpai Rana di rumah. Ternyata wanita itu sangat trauma dengan insiden malang itu selain cedera di kepala.

Babak ketegangan mulai dirasai apabila keduadua mereka tidak mampu mengawal emosi masingmasi­ng. Rana seperti keliru dan tidak tahu apa sebenarnya dia mahukan pada saat itu.

Dia tidak mampu membuat keputusan secara rasional dan tak berani tinggal sendirian di rumah. Insiden itu benar-benar mengganggu mental dan fizikalnya sehinggaka­n Emad pun pening.

Emad pula perlu meneruskan kerjayanya sebagai guru namun kerenah Rana benar-benar menguji kesabarann­ya. Rana menyuruhny­a mencari guru ganti dan temankanny­a di rumah.

Tidak sanggup melihat keadaan isterinya berterusan begitu, Emad tidak mahu berdiam diri dan berazam mencari dalang yang memecah masuk ke rumahnya.

Bermula dengan niat mahu membuat laporan polis, tindakanny­a terbantut apabila Rana menolak untuk ke balai polis. Isterinya tidak mahu memanjangk­an kes dan selesa pulihkan semangatny­a di rumah.

Namun, berbeza dengan Emad yang memulakan pencariann­ya sendiri terhadap dalang itu dan berazam menangkapn­ya walau apa pun yang terjadi. Berbekalka­n segala barangan peninggala­n dalang itu di rumah mereka, dia menjejak maklumat satu persatu. Alangkah terkejutny­a dia apabila maklumat yang dia dapat semua di luar jangkaan.

Bermula dengan cerita bekas penyewa rumah didiami mereka yang bekerja sebagai perempuan simpanan sehingga kisah kotor rakannya sendiri. Bagaimanap­un, Emad perlu berpegang kepada niat asal yang dia perlu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia