Harian Metro

Anak mula ikut jejak

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Sebagai ibu Liza sokong tapi meletakkan pelajaran

sebagai keutamaan

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga bakat nyanyian penyanyi, Liza Hanim yang kini mula dilihat dalam diri anak sulungnya, Marsya Qistina, 14.

“Anak sulung saya memang suka menyanyi dan mula menunjukka­n minat mendalam dalam bidang muzik. Walaupun pemalu, ada beberapa kali dia mencuba nasib dengan menyertai beberapa pertanding­an anjuran sekolahnya,” katanya.

Bagi Liza sendiri, sebagai ibu dia sentiasa menyokong minat anak namun meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.

“Saya sentiasa memberikan sokongan kepadanya kalau dia benar-benar minat dalam bidang muzik, cuma dia perlu seimbangka­n dengan pelajaran kerana itu paling utama.

“Berdasarka­n pengalaman saya, bakat perlu datang dengan tuah. Kita tak tahu rezeki kita sama ada akan berjaya atau tidak dalam muzik. Jadi, dengan adanya pelajaran dan kalau ada bakat dalam muzik, ia umpama anugerah tambahan serta bonus.

Kalau benar-benar ada rezeki dalam muzik, maka adalah,” katanya.

Ditanya sikap pemalu anak sulung daripada empat beradik itu, Liza berkongsi kisah yang mencuit hati.

“Pernah satu ketika, dia menyertai pertanding­an nyanyian tetapi secara sembunyi-sembunyi. Apabila dapat tahu, saya muncul ketika pertanding­an itu secara senyap-senyap tanpa pengetahua­nnya.

“Dari situ, saya dapat lihat bakatnya dalam bidang nyanyian. Dia sebelum ini segan bertanya, kini mula bertanya kepada saya, sama ada sesuai sekiranya menyanyika­n lagu saya.

“Saya beritahu kepadanya, kalau dia benarbenar mahu menyanyi lagu saya, tidak menjadi masalah cuma perlu mencari identiti sendiri bukan bergantung kepada gelaran ‘anak Liza Hanim’ semata-mata,” katanya.

Bercerita kerjaya seninya, Liza kini membuat persiapan untuk single terbarunya.

“Kali terakhir saya hadir dengan single pada 2014 menerusi lagu Egoismu. Lagu baru sudah dirakamkan, cuma judulnya belum ada. Banyak yang perlu dipertimba­ngkan sebelum saya kembali aktif.

“Selain itu, perniagaan syarikat pengiklana­n saya masih berjalan seperti biasa dan jadual sangat padat sehingga penghujung tahun ini,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman saya, bakat perlu datang dengan tuah. Kita tak tahu rezeki kita sama ada akan berjaya atau tidak dalam muzik

 ?? FOTO:
BUSANA:
SOLEKAN:
DANDANAN:
LOKASI: ??
FOTO: BUSANA: SOLEKAN: DANDANAN: LOKASI:
 ??  ?? MARSYA warisi bakat ibu.
MARSYA warisi bakat ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia