Harian Metro

LAYAN NAFSU DI LUAR, ISTERI DI RUMAH JAGA ANAK

-

Isteri sibuk menjaga anak kecil di rumah, suami yang juga seorang artis popular berpeleser­an di luar dengan kawan. Kalau setakat pergi makan minum dengan kawan, tak mengapalah juga. Langkah artis itu lebih panjang daripada itu apabila ada rakannya ternampak dia ke premis hiburan elit di ibu kota.

Premis hiburan itu bukan saja untuk minum-minum, tetapi juga menyediaka­n perkhidmat­an lain mengikut selera dan kehendak pelanggan.

Menurut rakannya, ketika minum di sana, dia ternampak artis itu dengan seorang rakannya. Daripada gelagat artis itu, dia tahu artis itu sedang berbincang dengan seorang pekerja yang ‘incharge’ bahagian perkhidmat­an luar biasa itu.

Mungkin artis itu sedang bertanya kalau ada ‘orang baru’ yang dapat melayan nafsunya malam itu. Rakannya yang melihat artis itu dari jauh menegurnya dan tiba-tiba artis itu berpurapur­a mabuk serta cakap merapu-rapu.

Tersenyum sinis rakannya memandang artis tu, tadi elok saja bercakap dan tak nampuk macam mabuk sekarang buat-buat macam dah lupa ingatan.

Rakannya tak kisah pun dia nak melanggan GRO, pelacur atau apa, tetapi kasihankan isteri dan anaknya yang masih kecil. Mereka baru berkahwin dan kalau dah macam itu perangainy­a, mampukah perkahwina­n itu kekal sehingga ke akhir hayat?

SS: Ramai yang bercerai kerana suami tidak bertanggun­gjawab. SS tak tahu apa status sebuah drama yang sepatutnya sudah selesai penggambar­an. Apa yang SS tahu, penggambar­an drama itu sering terganggu kerana pelakonnya tidak dapat memberikan komitmen. Datang ke lokasi sesuka hati aje sedang setiap detik ia membabitka­n kos kerana ada lokasi disewa dan hanya boleh digunakan pada waktu yang dijanjikan.

Kasihan pengarah drama itu kerana perangai buruk artis itu, dia yang kena ‘menjawab’ dengan penerbit.

Kerja dilakukan mengikut bajet yang diperuntuk­kan penerbit dan dek kerenah pelakon, banyak kali penggambar­an tergendala.

“Call time’ pagi dia datang tengah hari. Sudahlah datang lambat, minta balik dulu. Mendidih kru produksi dan pelakon lain melihatkan perangainy­a. SS tak mahu nak bagi khutbah ke apa kerana yang empunya sudah besar panjang jadi fikirlah sendiri. Cuma apa yang SS selalu ingat, jika kita memudahkan hidup orang lain, insyaAllah hidup kita juga dipermudah­kan Allah SWT.

SS: Daripada menyusahka­n semua orang di lokasi, duduk saja rumah atau cari kerja lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia