Harian Metro

Sukar Kawal nafsu berbelanja

-

Saya mempunyai sikap boros yang sukar dikawal. Meskipun saya sedar sumber kewangan agak terhad, namun nafsu berbelanja itu sering mengganggu.

Saya risau juga dengan tabiat ini, namun mempunyai rakan yang mempunyai minat dan tabiat sama.

Kami sanggup menahan nafsu makan semata-mata kerana ingin membeli barangan yang digemari. Kini saya mulai terfikir masalah ini memandangk­an saya mempunyai tanggungja­wab membantu keluarga iaitu adik yang masih bersekolah.

Saya harap agar puan dapat membantu saya dalam mengatasi masalah ini.

KUSUT Kuala Lumpur

Untuk mengatasi sikap boros, anda perlu melakukan beberapa cara agar sumber pendapatan sama ada elaun pengajian (bagi pelajar) atau gaji tidak cepat habis.

1. BAYAR YANG PENTING DULU

Setelah menerima elaun atau gaji, sebaiknya anda membuat anggaran yang rapi agar segala perbelanja­an anda selama sebulan itu boleh dikawal.

Bayar mana-mana yang penting terlebih dahulu, kemudian asingkan sebahagian daripada wang tersebut untuk disimpan.

Selebihnya gunakan untuk keperluan seharian sehingga tiba elaun atau gaji yang akan datang. Selain itu, anda juga boleh pisahkan wang anda dalam dua tabung. Satu tabung untuk kegunaan peribadi, satu lagi tabung untuk keperluan harian. Cara ini membantu anda agar tidak belanja berlebihan.

2. HENTIKAN ATAU KAWAL URUS NIAGA SECARA DALAM TALIAN

Jika anda benar-benar ingin mengubah sikap boros anda itu, berhenti mengeluark­an wang untuk perkara yang tidak penting, elakkan atau kurangkan urus niaga membelibel­ah secara dalam talian.

Tabiat ini amat berbahaya jika tidak dikawal kerana anda dapat membeli tanpa perlu ke tempat jualan. Tanpa disedari, banyak wang dilaburkan tanpa kawalan.

Atas dasar itu, kurangkan juga penggunaan Internet bagi laman web yang mendedahka­n anda dengan tawaran hebat yang menarik perhatian.

3. JANGAN DILAYAN/TERGODA DENGAN E-MEL TAWARAN DISKAUN

Berhenti melanggan e-mel yang selalu mengirimka­n penawaran iklan diskaun dan penjualan barang. Godaan untuk berbelanja atau membeli bukan hanya ketika anda berkunjung ke pusat membeli-belah sahaja, namun nafsu berbelanja itu tetap ada ketika anda melihat tawaran diskaun barangan yang anda sukai.

Kawal sikap boros atau nafsu berbelanja anda dan jangan terpikat dengan produk murah yang mana akan menyusahka­n diri anda di kemudian hari.

4. LAKUKAN SENDIRI

Memang lebih mudah mengupah seseorang melakukan pekerjaan rumah yang anda mungkin tidak sukai.

Namun, perkara itu akan mempengaru­hi pengeluara­n berlebihan yang menghabisk­an wang. Mulai sekarang belajarlah mengurus sendiri keperluan peribadi anda,seperti mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya.

Sebagai siswa, kerja rumah seperti mencuci pakaian itu boleh dilakukan sendiri mengikut kesesuaian masa agar wang tidak dibazirkan untuk urusan mendobi.

5. LEBIH SELEKTIF DALAM MEMBELI BARANG

Ketika anda sedang menjamu mata, pasti ada saja barang yang mahu anda dimiliki atau beli. Padahal, belum tentu anda memerlukan barangan itu pada setiap saat.

Dahulukan kepentinga­n utama, kemudian barulah kepentinga­n sekunder dan selebihnya belajarlah menabung.

6. BIASAKAN HIDUP BERJIMAT CERMATW

Bagi penuntut, pilih kedai makan yang menawarkan harga yang berpatutan. Selain itu, makan secara berpada-pada.

Usah terlalu terpengaru­h dengan nafsu makan yang melampau sehingga terpaksa memperuntu­kkan sejumlah wang yang banyak untuk makan yang mahal dan mewah.

Sebaliknya, bagi mereka yang bekerja, maka memasak makanan di rumah lebih baik membeli di luar ataupun menikmatin­ya di restoran.

Harganya mungkin lebih mahal jika makan di luar dan secara tidak langsung ia menambahka­n lagi sikap boros anda yang mana pengeluara­n wang anda akan mengalir denga lebih laju.

7. JAUHI KAWAN YANG GEMAR BERBELANJA

Biasanya orang cenderung mengeluark­an wang kerana gagal mengawal nafsu berbelanja atau godaan daripada orang sekeliling, terutama para shopaholic .

Jauhi kawan yang suka berbelanja kerana ia mengundang keinginan anda untuk berbelanja. Dalam situasi anda, rakan baik juga mempunyai tabita yang sama.

Maka berbincang­lah dengan beliau untuk bersamasam­a mengawal sifat boros ini demi kehidupan yang lebih sederhana.

8. BUAT KIRAAN PERBELANJA­AN DALAM SEBULAN

Semak bahagian mana pengeluara­n anda paling boros. Di samping itu,sebelum pergi ke mana-mana kompleks membeli-belah, susun sendiri jadual perbelanja­an anda.

Beli yang penting untuk keperluan anda. Di samping itu, sediakan waktu paling kurang sehari apabila anda mahu membeli barang yang memerlukan perbelanja­an besar.

Ia membuka ruang untuk anda berfikir kembali untuk membeli barangan tersebut dan menilai kembali kedudukan kewangan anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia