Harian Metro

IT penanda aras kemajuan negara

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Teknologi maklumat (IT) dibangunka­n sebagai perantara atau pemudah cara bagi memperoleh dan menyebarka­n pelbagai jenis maklumat untuk pelbagai tujuan.

Dalam pelbagai sektor, kebergantu­ngan terhadap teknologi maklumat memang tidak dapat dinafikan bagi memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.

Ini dapat dilihat melalui perkembang­an pesat di pelbagai sektor termasuk dalam bidang telekomuni­kasi, pendidikan, perniagaan dan pengurusan.

Dalam era globalisas­i ini, penanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian bidang teknologi maklumat (IT).

Malaysia sebagai negara yang menuju ke status negara maju menjelang 2020, bidang ini turut dititikber­atkan bagi memastikan tenaga kerja dan keupayaan dimiliki setanding dengan negara maju.

Sedar dengan potensi cerah bidang ini, MSU College menerusi School of Science & Technology (SST) turut tidak ketinggala­n menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten dan berkelayak­an yang akan membantu menggerakk­an industri ini.

Penuntut dilengkapi dengan pengetahua­n asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturca­raan komputer, pembanguna­n perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi Internet dan rangkaian.

Program ini merangkumi modul pembelajar­an sistem pengaturca­raan C++, Java dan ‘Visual Basic’.

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Graduan MSU College berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah dengan membuat pindahan kredit menerusi Faculty of Informatio­n Sciences & Engineerin­g (FISE), Management & Science University (MSU).

Peluang kerjaya terbuka luas termasuk sebagai Pengaturca­ra Komputer, Pembangun Aplikasi, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Jurutera Komputer dan Pakar Rangkaian Komputer.

MSU College tawar program Diploma Teknologi

Maklumat bagi lahirkan graduan kompeten

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia