Harian Metro

Siswa MSU College tabur bakti

-

Prihatin dengan nasib penghuni pusat jagaan warga emas Rumah Sejahtera di Bukit Payung, Marang mendorong sekumpulan siswa MSU College Kuala Terengganu tampil menghulurk­an bantuan.

Program jalinan komuniti Ziarah Kasih, memberikan keceriaan kepada kira-kira 30 warga emas yang menghuni pusat jagaan terbabit.

Kebanyakan penghuniny­a terdiri daripada mereka yang hidup sebatang kara dan tiada tempat tinggal.

Menerusi kehadiran penuntut itu, sekurangku­rangnya dapat menggembir­akan dan mengurangk­an rasa sunyi penghuniny­a.

Antara aktiviti yang dilakukan di rumah berkenaan termasuk gotong-royong membersihk­an kawasan sekitar, ramah mesra dan penyampaia­n sumbangan barangan makanan serta keperluan harian.

Menurut seorang peserta, Sheikh Muhammad Asyraf Sheikh Mohsin, program itu memberi peluang kepada beliau dan rakan untuk mendekati dan menyelami perasaan penghuni di situ.

“Memang cukup sedih dan menginsafk­an apabila dapat mendengar sendiri kisah hidup sebenar segelintir warga emas berkenaan.

“Pengalaman ini memang sangat bermakna buat kami semua dan menjadi inspirasi untuk membantu lebih ramai lagi pada masa hadapan,” katanya.

Bagi pihak kolej, aktiviti jalinan komuniti seumpama ini sangat digalakkan dan penyertaan penuntut bertujuan melahirkan graduan yang holistik serta seimbang.

 ??  ?? PENUNTUT bersama warga emas di Rumah Sejahtera.
PENUNTUT bersama warga emas di Rumah Sejahtera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia