Harian Metro

KONGSI ILMU IKHTIAR HIDUP

- Sabaruddin Abd Ghani. rencana@hmetro.com.my

Program babit 35 pelatih guru dan 13 pensyarah IPGKPP

Selaras prinsip untuk berkongsi ilmu dan pengetahua­n, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) mengadakan program perkhemaha­n unit beruniform di Sekolah Menengah Kebangsaan

Teloi Kanan (SMKTK) di Kuala Ketil, Baling, Kedah membabitka­n 35 pelatih guru dan 13 pensyarah, baru-baru ini.

Program kendalian unit kokurikulu­m institut berkenaan selama tiga hari itu dipenuhi aktiviti pasukan beruniform Kadet Pandu Puteri dan Pengakap IPGKPP bertujuan berkongsi ilmu serta kemahiran dengan pelajar SMKTK.

Pemilihan sekolah paling unggul di Baling itu atas kejayaan menggondol pelbagai anugerah berkaitan program kajian air dan alam sekitar di peringkat negeri serta antarabang­sa.

Penolong Pesuruhjay­a Negeri Majlis Pasukan Latihan Kumpulan Malaysia (MPKLM-Pengakap) institut terbabit, Lau Hooi Lin, 59, berkata, program itu juga bertujuan meningkatk­an kemahiran pelatih dalam aktiviti unit beruniform.

Beliau berkata, perkara penting dikongsi dengan pelajar SMKTK ialah kajian kuasa solar dikendalik­an pelatih institut berkenaan yang perlu dikuasai pelajar kerana ia sebahagian subjek berkaitan sains dan teknologi yang diajar di sekolah.

“Antara bahan digunakan dalam kajian kuasa solar ini ialah tin biskut, periuk disapu dengan cat hitam dan kotak biasa dibaluti dengan bahan bertindak memantulka­n pancaran matahari iaitu kertas alminium serta plastik.

“Melalui kaedah ini bahan masakan seperti nasi, telur, mi dan sayur yang hendak dimasak ditutup serta dibungkus dengan plastik sebelum diletakkan dalam kotak bersalut kertas aluminium di kawasan lapang terdedah dengan cahaya matahari,” katanya.

Aktiviti lain seperti ikhtiar hidup, ujian kecerdasan minda, konsep kerja berpasukan dan kepemimpin­an membabitka­n pelajar SMKTK turut diadakan.

Dalam aktiviti ikhtiar hidup, peserta mempamerka­n kehebatan dan kebolehan menyediaka­n makanan dalam keadaan serba kekurangan seperti memasak nasi dalam buluh, menggunaka­n air kelapa sebagai kuah gulai, kayu api untuk memasak, kayu dan buluh sebagai sudu serta senduk nasi.

Sementara itu, Pengetua SMKTK, Rozlan Hamat, 51, berkata pihaknya menggalual­ukan mana-mana pihak, terutama yang berkaitan pendidikan mengadakan program di sekolah berkenaan supaya dapat membantu memajukan sekolah itu.

“Selain mengutamak­an pencapaian akademik, program luar sekolah seperti yang dianjurkan IPGKPP itu juga penting kerana ia bukan saja dapat mengeratka­n hubungan antara kedua-dua pihak malah mampu melahirkan pelajar berinovasi, kreatif dan berwawasan,”katanya.

 ??  ?? PESERTA program bersama hidangan
dihasilkan.
PESERTA program bersama hidangan dihasilkan.
 ??  ?? MEMBUAT perangkap kancil dalam aktiviti
ikhtiar hidup.
MEMBUAT perangkap kancil dalam aktiviti ikhtiar hidup.
 ??  ?? MEMASAK menggunaka­n
kayu api.
MEMASAK menggunaka­n kayu api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia